“Untung la.. Makin pupus suami macam ni..” – Netizen Puji Johan Rajin Bantu Isteri

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Negara kita sekarang sedang meriah dengan majlis perkahwinan oleh selebriti-selebriti terkenal di Malaysia. Tahun ini seolah-olah menjadi tahun keramat mereka bagi menamatkan zaman bujang masing-masing. Tetapi tidak lupa juga pada ‘pengantin lama’ yang masih sweet dan hangat walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga.

Ozlynn Watie, salah satu artis di Malaysia yang kerap berkongsikan kisah sehariannya di media sosial. Itu semua terbukti apabila laman Instagramnya penuh dengan gambar keceriaan keluarga beliau, dan antara wajah yang kerap terpapar di Instagram selebriti tersebut adalah suaminya, Johan Raja Lawak.

Sumber: Instagram

Ramai netizen yang mengimpikan sebuah keluarga seperti mereka, di mana hari-hari mereka sering ceria dengan gelak tawa. Seperti yang kita tahu, Johan antara pelawak yang diminati oleh golongan muda sekarang, pandai mengambil hati isterinya yang garang itu. Dapat dilihat dari perkongsiannya, Johan sangat rajin melayan kerenah anak-anak mereka.



Dalam banyak-banyak perkongsian yang dikongsikan, terdapat beberapa gambar yang mencuri hati peminat, di mana Johan juga sangat rajin membantu isterinya.

Sumber: Instagram

Antara salah satu perkongsian Ozlynn,

“Comel dia basuh baju.. Pagi tadi dia mandikan budak-budak. Siap breakfast semua and now dia memberus. Sekejap lagi lepas dia basuh baju dia akan minta makan..”

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Tetapi dalam sweet-sweet Johan ini, ada juga garangnya apabila Ozlynn berkongsikan rakaman video yang memperoleh lebih 672,924 penonton itu, di mana Johan memarahi anak-anaknya, Chantiq dan Haziq, yang suka menggigit jari mereka dengan caption,

“Yang elok ambil yang tak elok buang la jauh-jauh. Sayang anak bukan biarkan dorang buat salah. Kalau tegur lebih 3 kali tak jalan, tu ubatnya. Kalau cara tu tak jalan, letak tangan pulak. Jangan ingat besar ni dorang tak layak ditegur atau dimarah. Budak sekarang bukan macam zaman kita kecil dulu. So ikutlah cara masing-masing. Asal jangan sampai mendera sudah. Ni cari kami..”

Sumber: Instagram

Make sure you all tak gigit kuku lagi. Kotor kuku tu, kuman banyak.. Bersepah-sepah kuku you ni”



Rata-ratanya perkongsian mereka mendapat sambutan yang baik dari peminat. Ada yang mendoakan kebahagiaan mereka, dan ada juga yang menjadikan mereka sebagai inspirasi.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Bertuah badan.. Harap perkahwinan dan kebahagiaan kalian kekal selamanya yaa! 🙂

 

Baca: “Macam tak takut mati je!” – Netizen Kecam Elyana Tak Bertaubat Walaupun Hidap Kanser Tahap 4

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.