in

“Untung kau dapat bini macam aku. Steady sayang kat kau biarpun kau 7 kaki kat bawah…”

Sayang Suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Untung kau dapat bini macam aku. Steady sayang kat kau biarpun kau 7 kaki kat bawah..."
Loading
/

Sungguhpun sudah empat bulan meninggal dunia, arwah Kapten Sazali Sakiran masih tetap kekal diingatan isterinya. Diakui, memang bukan mudah untuk melupakan seseorang yang kita cintai tambahan pula apabila sudah berjanji untuk sehidup semati.


20292773 1744100938953242 9188968751076706663 N
sumber: facebook

Oleh kerana kerinduan yang menebal, Fatin Nur Affira Yusof dalam perkongsiannya di Facebook telah menziarahi kubur arwah suaminya itu. Pun begitu, tindakannya yang merakam dan memuatnaik gambar semasa di kubur telah menimbulkan pelbagai persepsi dari netizen.

Menurutnya dalam perkongsian tersebut:

“Rindu. Puas hati aku hari ini dua kali aku dating dekat kubur. Punya panas cuaca hari ni, tapi aku tak peduli. Kalau boleh bentang tikar pacak khemah tidur situ berhari-hari pun aku sanggup.” 

Rindu sangat dah ni! 

“Dulu aku ada jasad yang aku boleh peluk cium, ada jasad yang aku boleh tenung setiap hari. Sekarang aku cuma mampu tenung gambar dan tanah kubur kau je abang.”

20663776 1754330221263647 4939511664953628317 N
sumber: facebook

“Haish, dapat peluk cium batu nisan kau pun dah cukup seronok bahagia tau. Lagi best dari peluk bantal seahorse kau,” tambah Fatin lagi.

20663729 1754330187930317 5547993044926149273 N
sumber: facebook

Posting dan video yang dimuatnaik pagi Isnin itu dikongsikan bersama pengguna Facebook dengan perlakuan Fatin mencium batu nisan kubur suaminya dan berkata ramai rakan-rakan suaminya mengirim salam kepada arwah Sazali.

Hailah abang. Untung kau dapat bini macam aku. Steady sayang kat kau biarpun kau 7 kaki kat bawah dah.” 

Malah katanya lagi, biarpun suaminya sudah tiada lagi di dunia ini, dia masih boleh mengajak suaminya berswafoto. Tidak seperti suami wanita lain yang menolak setiap kali isterinya ajak untuk bergambar berdua. Kan… ada je jenis lelaki macam tu! 

Rakaman video serta posting tersebut telah mendapat pelbagai komen dari netizen yang separuh darinya simpati dengan apa yang menimpa Fatin. Pun begitu, separuh lagi dari netizen berpendapat bahawa tindakan Fatin sedikit melampau dan seakan-akan sesuai dengan ajaran agama Islam. 

Komen 1
sumber: facebook
20621748 1633804296672026 1917985244947752751 N
sumber: facebook
20638578 1633804256672030 8777630391809479390 N
sumber: facebook
Netizen Kutuk 1
sumber: facebook

Fatin yang seperti sedia maklum akan pandangan orang ramai sempat berpesan,

Well aku tak gila. Aku tak bodoh. Aku tak bangang. Aku masih normal. Aku tahu ada spesis jibaok akan mengata aku selfie dekat kubur laki aku. Ah, lantaklah. Laki aku kot. Kang aku selfie dekat kubur apak kau lagi haru.” 

Haa kan dah kena sound! 

Meskipun berat untuk menerima takdir, Fatin yang tabah dengan pemergian suaminya itu akan tetap menyayangi lelaki tersebut walaupun mereka tidak lagi bersama di dunia ini.

19905088 1725276944168975 3808494487122072192 N
sumber: facebook

“Kepada sang suami, aku sayang kau. Tak pernah berkurang walau seinci. Rindu ini tak pernah berkurang walau sesaat.”

“Jenguk-jenguklah bini kau ni dalam mimpi ye. Tapi kan, kalau kau masuk mimpi aku mengarut-ngarut, elok kau jangan masuk. Hahaha!” katanya berseloroh.

Walau apapun, didoakan semoga Fatin terus tabah untuk menjalani hidup tanpa suami di sisi. Al Fatihah…

Baca: Suami Meninggal Dunia Selepas 3 Minggu Bernikah, Kisah Isteri Ini Buat Ramai Menangis

Meninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.