in

Selalu Biarkan Pemandu Uber Tunggu Anda? Kini Anda Akan Dikenakan Caj Menunggu!

Aa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut sahaja berkaitan Uber dan Grab, benda pertama yang terlintas difikiran kita adalah tentang masa. Seperti sebelum ini, heboh tentang kritikan oleh penumpang terhadap pemandu Grab dan Uber yang sentiasa melewat-lewatkan masa sehinggakan ada penumpang yang perlu menunggu mereka hampir 1 jam. Namun pemandu turut mengkritik sikap penumpang yang sentiasa lewat sedangkan mereka sudah lama menunggu.


Dek kerana itu, baru-baru ini pihak Uber telah melancarkan Caj Menunggu bagi penumpang yang lambat bermula 30 Januari ini. Fuhhhh dah start lahhh! Menurut Uber blog spot, buat masa ini, Caj Menunggu hanya akan dijalankan di Pulau Pinang sahaja. Difahamkan, penumpang akan diberi masa selewat-lewatnya 3 minit untuk tiba ke lokasi yang telah dijanjikan melalui aplikasi tersebut.

Sekiranya penumpang lewat lebih dari 3 minit, Caj Menunggu akan mula dikira. Insentif ini dilancarkan untuk memudahkan kedua-dua belah pihak, di samping untuk memastikan penumpang tiba di lokasi yang ingin dituju dengan secepat mungkin.

Photo 2018 02 03 11 27 45
sumber: uber

Berikut adalah bagaimana Caj Menunggu ini akan dikenakan:

  1. Selepas pemandu tiba di lokasi untuk mengambil penumpang, Uber akan memaklumkan kepada penumpang melalui notification.
  2. Pemandu akan menunggu penumpang selama 3 minit, sekiranya lebih, maka Caj Menunggu akan mula dikenakan.
  3. Caj Menunggu hanya akan dikenakan pada UberX, UberMANDARIN dan UberXL sahaja.

Namun berapa pula caj yang akan dikenakan sekiranya penumpang lewat 30 saat?

Begini, katakan anda request UberXL, dan anda tiba di kereta tersebut 30 saat selepas Caj Menunggu dikenakan, maka anda hanya akan dikenakan RM0.20, separuh daripada harga yang sepatutnya (RM0.40). Caj tersebut akan ditunjukkan pada resit setelah anda selamat tiba di lokasi.

Photo 2018 02 03 11 27 51
sumber: uber

Bagi memastikan tiada kes penipuan yang akan berlaku di kemudian hari, pihak Uber telah menetapkan di mana, hanya pemandu yang SUDAH TIBA di lokasi sahaja yang boleh mengenakan Caj Menunggu ini kepada penumpang. Ini kerana pihak Uber tidak mahu pemandu mengambil kesempatan ini untuk mengenakan caj tambahan kepada penumpang. Wahhh nice!

Pihak Uber turut meminta penumpang agar membuat tetapan semula pada aplikasi tersebut, agar mereka mendapat notification tentang masa yang telah mereka gunakan.

Rata-rata netizen menyokong pembaharuan yang dilakukan oleh pihak Uber ini, di mana bagi mereka ini adalah win-win situation.

Harapnya lepas ini kedua-dua pemandu dan penumpang dapat tepati masa mereka dengan sebaik-baiknya lah ye! 🙂

Baca: “Macam mana boleh dapat 4.8 Stars?” – Lelaki Kongsi Pengalaman Teruk Berdepan Pemandu Uber

Photo 2018 02 03 12 27 00

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.