in

“Tunjuk la cara pakai” – Netizen Biadap Minta Neelofa Buat Tutorial Pakai Tuala Wanita?

Pagenee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kejayaan demi kejayaan dicipta oleh pelakon dan pengacara berbakat ini, ada sahaja yang nak ditegur oleh netizen akan cara pemakaian mahupun setiap keping gambar yang dimuat naik Neelofa di Instagram.


Terbaru, Neelofa telah memuat naik gambarnya duduk bersebelahan tuala wanita di Instagram miliknya atas tujuan promosi. Gambar itu dimuat naik berserta kapsyen menyatakan bahawa tuala wanita berjenama Laurier tersebut membuatkannya berasa segar, bertenaga di waktu pagi dan selesa.

Nee2
sumber: instagram

Perkongsian Neelofa di Instagram miliknya itu atas niat yang baik namun telah mengundang komen-komen negatif netizen yang kurang enak didengari. Rata-rata yang meninggalkan pendapat mereka di ruangan komen gambar tersebut mengeji tindakan pemilik jenama Naelofar Hijab itu memuat naik gambar berkenaan.

“Hai lofa, yang ni pun nak tunjuk ke?”

“Eee..tak malu, period pun nak bagitahu orang.”

Nee4
sumber: instagram

Lebih teruk lagi, ada segelintir netizen biadap yang meminta Neelofa menunjukkan cara-cara atau tutorial untuk memakai tuala wanita yang dipamerkan dalam gambar tersebut.

Tambahan pula, umum sedia maklum bahawa pemakaian tuala wanita bukanlah sesuatu yang wajar untuk ditunjukkan di hadapan khalayak ramai. Komen-komen tidak beradab yang dilemparkan ini secara tidak langsung melambangkan tahap pemikiran netizen kita. Memang mentaliti kelas ketiga betul!

N4
sumber: instagram
N5
sumber: instagram

Walaupun ramai netizen yang mengecam dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar di ruangan komen gambar yang dimuat naik, masih ada netizen yang positif dan lebih berfikiran rasional.

Ramai yang beranggapan bahawa Neelofa memuat naik gambar tuala wanita itu kerana dia telah dilantik menjadi duta jenama tersebut. Mereka merasakan bahawa Neelofa hanya menjalankan tugas untuk mempromosikan produk tersebut sambil menyampaikan maklumat berguna kepada kaum wanita.

Nee5
sumber: instagram

Apa masalah netizen ni? Takkan cara nak pakai tuala wanita pun nak suruh tayang depan orang ramai? Mentaliti kelas ketiga betullah…

Baca: “Sedih betul tengok Lofa sekarang..” – Netizen Tegur Cara Neelofa Bertudung di MeleTOP

Nee1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.