in

“Tunang tak marah ke?” – Netizen Kutuk Shila Amzah Kongsi Kenangan Cinta Dengan Almarhum Tunku Jalil

Gugug

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tanggal 5 Disember merupakan satu tarikh keramat yang mengingatkan seluruh rakyat Malaysia akan pemergian seorang putera yang disayangi ramai. Semalam genaplah dua tahun kemangkatan Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail.


Bersempena ulang tahun kemangkatannya, Keluarga Diraja Johor memuat naik sebuah video kompilasi gambar-gambar kenangan bersama seluruh ahli keluarga kerabat Diraja Johor dan penglibatan aktif pelbagai aktiviti yang dilakukan Almarhum sepanjang hayatnya.

E6
sumber: wikipedia

Menurut Cari, bukan kaum kerabat Almarhum sahaja yang mengingati hari tersebut kerana Shila Amzah juga nampaknya tidak ketinggalan untuk meluahkan rasa sedih di instastory miliknya dengan memuat naik ayat-ayat seperti mendedahkan bahawa mereka pernah bercinta sebelum ini.

Daripada perbualan yang dikongsikan, Shila dilihat seperti pernah mempunyai hubungan istimewa dengan Almarhum dan telah berkongsi beberapa kenangan manis dan duka bersama sempena pemergiannya.

Dalam perkongsian tersebut, Shila menyatakan bahawa dia pernah menangis berhari-hari setelah mengetahui berita kemangkatan Almarhum dan pernah cuba menelefonnya sebanyak 30 kali sejurus berita menyedihkan itu sampai ke pengetahuannya. Dia juga turut berkongsi screen capture perbualannya di Whatsapp dengan Almarhum.

E9
sumber: kisah dunia
E7
sumber: kisah dunia
E8
sumber: kisah dunia

Selain itu, Shila turut berkongsi bahawa dia sangat merindui Almarhum sehingga hari ini dan begitu menyesal kerana tidak sempat menziarahi makam Almarhum selepas kematiannya. Mengakhiri perkongsiannya, penyanyi yang popular dengan lagu Selamanya Cinta ini sempat mendoakan kesejahteraan Almarhum.

Pun begitu, niat perkongsian Shila untuk mengingati hari pemergian Almarhum membuatkan ramai netizen tidak senang duduk. Netizen menuduhnya sebagai attention seeker dan sengaja mahu membuatkan tunangnya jealous. Seperti diketahui umum, Shila telahpun selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya baru-baru ini.

“Kau dah bertunang, nak kahwin dengan orang lain. Siapa suka orang yang kita cinta cerita pasal lelaki lain. Yang hidup teruskan hidup, jangan jadi bongok,” kata seorang netizen.

“Tunang tak marah ke post macam ni? Simpan sebagai kenangan untuk diri sendiri cukup la,” tambah seorang lagi netizen.

E1
sumber: cari
E3
sumber: cari
E2
sumber: cari

Rata-rata netizen merasa pelik dengan tindakan Shila yang kononnya berkongsi kenangan cinta lama walaupun bakal berkahwin tahun hadapan. Oleh sebab itu, ramai yang mengutuk tindakannya yang dianggap tidak menjaga hati tunangnya.

Ada baiknya jika Shila berhati-hati berkongsi kenangan lama di laman sosial supaya tidak merosakkan hubungannya yang sekarang. 

Baca: “Air mata terakhir buat #lofattah” – Neelofa Dimalukan Peminat Yang Masih Tak ‘Move On’

Lohaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.