in

Tukang Cuci Warga Indonesia Pulangkan Dompet Berisi RM12,600 Tercicir di Times Square Dipuji Netizen

Cleaner

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jadikan kisah kejujuran hamba Allah ini sebagai satu motivasi untuk kita muhasabah diri dan menjadi insan yang lebih baik. Seorang wanita yang bekerja sebagai pencuci di Kompleks Beli Belah Berjaya Times Square menjadi topik bualan netizen selepas tindakan murninya tular di media sosial.


Menurut Malaysian Digest, Markina Samana, 43, telah memulangkan dompet yang mengandungi sejumlah wang yang besar kepada pihak polis. Ketika kejadian 9 Oktober lalu, Markina dikatakan terjumpa sebuah dompet dalam bilik persalinan bayi di tingkat tiga kompleks beli belah itu.

Dompet 3
sumber: malaysian digest

Menyedari ia bukan miliknya, Markina segera serahkan kepada penyelia yang terus memaklumkan kepada Unit Keselamatan Berjaya Times Square. Pihak keselamatan kompleks beli belah tersebut kemudian menyerahkan dompet itu kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada hari sama.

Masa jumpa memang terkejut, tetapi saya terus menyerahkan kepada penyelia.”

Markina juga akui langsung tidak mengetahui bahawa dompet yang ditemuinya mengandungi wang sejumlah RM12,600 di dalamnya. Wow, banyak tuuuu!

Saya tak membukanya kerana ia bukan milik saya dan tiada hak untuk melihat isi kandungan di dalamnya.”

Dompet 1
sumber: harian metro

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman, dompet tersebut mengandungi 30 keping dolar Amerika Syarikat dan beberapa keping wang kertas Syria.

Selain itu, tiada dokumen pengenalan ditemui melainkan beberapa keping gambar lelaki, wanita dan kanak-kanak dipercayai warga Timur Tengah.

“Buat masa ini, kita masih belum mengenal pasti siapa pemilik dompet ini kerana tiada laporan kehilangan dibuat.

“Tetapi kita percaya pemiliknya adalah warga Timur Tengah berdasarkan gambar yang ada di dalam dompet itu,” beritahu Sukri kepada Harian Metro.

Dompet 2
sumber: kosmo

Netizen yang tahu tentang kisah kejujuran Markina selepas ia tular di media sosial rata-rata memuji tindakan murni wanita itu. Memang patut dicontohi!

“Alhamdulillah… terbukti kakak ini bekerja bukan semata-mata untuk mencari rezeki tetapi menjalankan amanah dengan berpegangkan kejujuran serta iman yang mantap. TAHNIAH!”

Malah, ada yang turut memuji integriti pihak keselamatan, pengurusan syarikat dan penyelia di kompleks beli belah tersebut.

“Manusia yang jujur dan ikhlas macam ini lah yang patut ramai di dunia. Penyelia dia pun ikhlas, pihak keselamatan di situ pun terbaik. Tahniah, semoga Tuhan saja yang membalas (kebaikan) pada kalian semua”

Ramai juga yang berpendapat bahawa orang ramai perlu mengubah persepsi buruk segelintir masyarakat terhadap pekerja pembersihan terutamanya warga asing yang selalunya menjadi sasaran.

“Ini salah satu contoh bahawasanya ada juga orang Indonesia yang baik dan jujur. Kepada sesetengah orang yang suka sangat menghina dan memburukkan orang Indonesia hanya kerana salah seorang warga Indonesia buat hal, bolehlah tengok pada orang ini.”

“Kadang-kadang orang pandang rendah pada pekerja ‘cleaner’, bila sahaja ada kes kehilangan barangan atau duit di pejabat, (orang) pertama sekali dituding dan dicari adalah ‘cleaner’.”

Betul juga tu, tidak semestinya mereka merantau ke negara kita untuk melakukan perkara terkutuk. Ada yang datang ikhlas untuk mencari rezeki yang halal. Contohi sikap Markina!

Baca: Pasangan Jujur Dipuji Netizen Kerana Sanggup Cari Rumah Untuk Pulangkan Dompet Tercicir

Page 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.