in

“Tu teguran dari Allah untuk Dato” – Netizen Tegur Aliff Syukri Riak Punca Kecurian di Sepanyol

Yyyy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum pun selesai isu sentap dan tarik muka di antara Dato’ Aliff Syukri dengan Sajat semasa sesi penggambaran muzik video mereka, kini kecoh pula berita yang mengatakan usahawan terlajak laris ini telah kerugian ratusan ribu selepas begnya dicuri di Sepanyol. Alamak!


Hal ini telah didedahkan oleh Aliff Syukri sendiri di laman Instagram semalam dengan memuat naik gambar suspek yang dikatakan menjadi dalang di sebalik kecurian yang berlaku.

Dalang
sumber: instagram

Selain kehilangan jam tangan mewah jenama Cartier yang amat disayanginya, wang tunai belasan ribu ringgit serta kad kredit dan kad pengenalannya lesap diambil pencuri tersebut.

Ini adalah salah satu benda tragis yang berlaku semasa saya di Spain. Dia rembat beg sandang Salvatore Ferragamo semasa saya tengah leka berlatih, jadi lesaplah wang tunai yang saya bawa berjumlah 4,000 euro (RM19,151), kad kredit, IC (kad pengenalan), jam Cartier benilai RM100,000,” katanya.

Aliff Syukri
sumber: instagram

Berikutan pendedahan tersebut, Aliff telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang menganggap ia adalah balasan atas sikap riak dan suka menunjuk-nunjuk jutawan tersebut yang dianggap keterlaluan. Opppsss!

Netizen
sumber: instagram

Bagaimanapun, masih ada segelintir netizen yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Aliff. Ada yang memberi kata-kata semangat supaya Aliff terus fokus dengan pembikinan muzik videonya dan jangan peduli dengan kata-kata orang.

Nasihat
sumber: instagram

Menurut laporan mStar, Aliff telah pun membuat laporan polis atas kejadian yang berlaku namun dia tidak pula menyatakan dengan terperinci tentang waktu dan tempat kecurian tersebut berlaku.

Menerusi posting tersebut juga, Aliff meminta supaya netizen tidak salah tafsir akan entri-entrinya sebelum ini yang menunjukkan dia sedang ‘bad mood’ semasa menjalani penggambaran di Sepanyol.

“Demi siapkan MTV, hanya Allah sahaja yang tahu dugaan saya yang saya tak share,” kata Aliff yang kini sudah pulang ke tanah air.

Bersabarlah Dato’ Aliff. Moga pencuri tu dapat ditangkap segera agar barangan dan wang tunai Dato dapat ditemukan.

Baca: “Ni gimik je macam nak tiru Nabila Razali” – Pergaduhan Dato’ Aliff dan Sjat Sekadar Gimik MV? 

Gadoh La

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.