in

Trump Berterima Kasih Kepada Najib Kerana Malaysia Sedia Beli Pesawat AS$10 Bilion

Trump Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Trump Berterima Kasih Kepada Najib Kerana Malaysia Sedia Beli Pesawat AS$10 Bilion
Loading
/

Seperti yang kita sedia maklum, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kini sedang berada di Washington bagi acara kemuncak lawatan tiga hari pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump.


Pertemuan kali pertama antara kedua-dua presiden negara tersebut disifatkan sebagai satu pertemuan yang positif dan mesra apabila Malaysia menzahirkan minatnya untuk membeli 25 buah pesawat Boeing 737, lapor Free Malaysia TodayWah makin banyak la kapal terbang nanti!

Capture 28
sumber: free malaysia today

Hasrat Najib itu diluahkan ketika dia menghadiri mesyuarat di White House yang dihadiri oleh penasihat-penasihat terkemuka dunia.

Menurut CNBC, Malaysia akan membeli 25 biji pesawat Boeing 737, 8 biji jet 787 Dreamliner dan mungkin akan menambah lagi 25 biji pesawat Boeing 737 dalam masa terdekat. Perjanjian yang dibuat oleh Najib itu dikatakan bernilai lebih daripada AS$ 10 Bilion dalam tempoh lima tahun. Wah wah wah!

Ketika pertemuan itu, Najib juga turut memberitahu Trump akan kesediaan Malaysia untuk membantu ekonomi AS dengan melibatkan diri dalam membangunkan prasarana melalui pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai antara AS$3 bilion dan $4 bilion.

Trump3
sumber: free malaysia today

Selain daripada itu, perbincangan yang masih berlangsung ini akan turut menfokus kepada usaha mengukuhkan lagi Kerjasama Strategik Malaysia-AS khususnya dalam perdagangan dan pelaburan, memerangi keganasan di samping mencorakkan kerjasama dari segi hubungan dua hala dan antarabangsa.

Baguslah langkah yang dilakukan Najib. Mana tahu dengan menambah bilangan kapal terbang boleh mengeratkan lagi hubungan antara AS dan Malaysia kan? Rakyat Malaysia harus berterima kasih dengan tindakan Najib!

Baca: Najib Razak Disenarai Menteri Kewangan Paling Teruk Di Asia 2016

Capture 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.