Trending Nombor 2 di YouTube, Netizen Puji Video Muzik Abang Nak Tegur 3.0 Setaraf Artis Antarabangsa

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Lagu Abang Nak Tegur dendangan Dato’ Aliff Syukri dan Nur Sajat sememangnya sudah lama tular di negara kita sejak dimuat naik di laman Youtube hujung tahun lepas. Pelik mengapa lagunya menerima 350,000 dislikes, Aliff cuba untuk memperbaiki kekurangan dengan mengeluarkan lagu Abang Nak Tegur 2.0 duet bersama isterinya pula.

Rata-rata netizen ternyata suka Aliff bergandingan dengan isteri dalam lagu tersebut kerana video muzik berkenaan yang hanya di rakam di dalam kamar tidur telah menerima 318,000 likes daripada para netizen.

Sumber: Youtube

Seperti yang diketahui ramai, Aliff dan Sajat telah terbang jauh hingga ke Sepanyol untuk merakamkan video muzik mereka. Membuka tirai 2018, video muzik Abang Nak Tegur 3.0 telah dimuat naik di laman Youtube.



Tidak sampai beberapa hari dimuat naik, video muzik tersebut telah menerima 56,000 dislikes di laman Youtube. Meneruskan kempen dislike sebelum ini, rata-rata netizen masih menyalahkan kemunculan Sajat dalam video tersebut.

Sumber: Youtube

Walau bagaimanapun, kualiti video muzik tersebut tidak dinafikan sangat baik dan menerima pujian ramai netizen. Ada yang turut membanding kualiti video muzik tersebut setaraf dengan artis antarabangsa.

“Waaah! Cantik sangat-sangat!”

Video the best!

“Bukan senang nak hasilkan video muzik macam ni, good job!



“Terbaik video Dato’ Aliff Syukri setaraf video artis antarabangsa!”

Thumbs up for the video!

Sumber: Youtube

Isteri Aliff, Shahida turut membuat penampilan dalam video muzik tersebut. Umum sedia maklum bahawa Shahida tidak ikut serta bersama mereka ke luar negara menyertai penggambaran klip video Abang Nak Tegur kerana sedang hamil. Oleh sebab itu, ramai membuat spekulasi bahawa penampilan Shahida dalam video tersebut hanyalah sekadar imej janaan komputer.

Klip video muzik Abang Nak Tegur 3.0 kini telah trending nombor 2 di laman Youtube.

Walaupun masih menerima banyak dislikes di Youtube, okaylah tu netizen dah puji video muzik Dato’ cantik dan setaraf video antarabangsa kan? Apa pendapat korang? Cantik tak klip video muzik tu?



Baca: “Ni gimik je macam nak tiru Nabila Razali” – Pergaduhan Dato’ Aliff dan Sajat Sekadar Gimik MV?

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.