Transformasi Pelamin Rumah Kampung Dari Perancang Perkahwinan Ini Tarik Perhatian Netizen

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Pelamin merupakan salah satu elemen paling penting untuk sesebuah majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Setiap pengantin pasti mahukan pelamin mengikut citarasa dan tampak mewah meskipun ianya diadakan di rumah kampung sahaja.

Baru-baru ini tular di media sosial hasil tangan perancang perkahwinan yang dikatakan mampu memberikan sentuhan magis agar pelamin anda nampak gah meskipun ianya tidak dilangsungkan di dewan bankuet atau hotel.

Menurut mStar, Ahmad Rasidi Md Idris, 26, atau lebih dikenali sebagai Eddy adalah antara individu yang mampu merealisasikan keinginan bakal pengantin, khususnya di luar bandar untuk merakamkan hari bahagia mereka berlatarbelakangkan pelamin indah.



Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Hasil tangan Eddy tular dia Facebook baru-baru ini yang menunjukkan gambar sebelum dan selepas disiapkan. Tidak dinafikan sentuhan darinya nampak begitu mewah walhal pelamin tersebut hanya dipasang di rumah-rumah kampung sahaja.

“Majlis mereka sekali seumur hidup, saya cuba cantikkan pelamin walaupun bajet sederhana. Lagipun, saya wedding planner kampung sahaja.”

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Eddy yang berasal dari Kelantan berkata, menghias pelamin di bandar adalah lebih mencabar berbanding rumah di kampung disebabkan beberapa faktor. Menurut graduan Universiti Sains Malaysia itu, setiap kali sebelum memasang pelamin yang ditempah, dia akan melawat ke rumah pengantin terlebih dahulu bagi melihat ruangnya.

Kebiasaannya, Eddy mengambil masa lebih kurang tiga jam untuk menyiapkan pelamin dan menurutnya rumah kampung mempunyai satu kelebihan iaitu tidak terlalu luas serta tidak banyak perabot yang perlu dialihkan.

“Bila dah siap pasang dan hias pelamin, kita akan pastikan lampu dan pencahayaannya sesuai sebab ia memainkan peranan penting untuk menyerlahkan pelamin dan suasana.”



Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Eddy memiliki dua butik pengantin, Butik Pengantin Setia yang terletak di Sik dan Gurun, Kedah. Menurutnya, dia memahami bahawa harga yang diletakkan tidak boleh sama seperti harga di bandar terutamanya Kuala Lumpur.

“Saya faham harga di sini tak boleh letak macam di bandar, tapi setiap pengantin pasti impikan pelamin yang cantik. Sebab itulah pelamin saya tak letak harga mahal, kalau harga RM1,800 untuk pelamin yang viral tu pun dah kira ok dah.”

Eddy juga akui ramai menghubunginya sejak gambar-gambar pelamin itu tular. Kesemuanya berminat untuk bertanyakan lebih lanjut tentang pakej-pakej yang ditawarkannya. Namun, menurutnya, banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum bersetuju dengan tempahan kerana mahu menjaga kualiti.

Memang superb hasil kerja dia. Menakjubkan!

Baca: Lelaki Hampir Bankrap Terpaksa Turuti Permintaan Tunang Mahukan Majlis Perkahwinan Mewah



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!