in

Tony Fernandes, Pengasas AirAsia Memilih Wanita Korea Sebagai Teman Hidupnya

Tony Fernandes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang kita heboh dengan berita kehamilan penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza, tiba-tiba muncul pula lagi satu berita gembira apabila pengasas AirAsia iaitu Tan Sri Tony Fernandes akhirnya memilih untuk menamatkan zaman bujangnya bersama si gadis cantik jelita.


Kahwin E1508072862748
sumber: bharian

Menurut Berita Harian, beliau telah memilih wanita bernama Chloe yang berasal dari Korea ini sebagai teman hidupnya. Majlis perkahwinan mereka diadakan di Cote d’Azur, Perancis dan dihadiri oleh keluarga dan teman rapat mereka sahaja.

Perkahwinan ini difahamkan telah berlangsung pada Sabtu lepas dan pasangan ini dikatakan telah bercinta lebih daripada dua tahun. Wah tahniah!

Kahwin 1 E1508072845780
sumber: bharian

Menerusi gambar-gambar yang tersebar di media sosial, Tony kelihatan segak dan tampan dengan memakai suit tiga lapis. Manakala isterinya pula memilih untuk menggayakan gaun putih dengan kainnya meleret ke lantai yang sangat menawan. Terserlah keayuaan gadis korea tersebut.

Meskipun tidak banyak maklumat yang dikongsikan mengenai Chloe, namun rata-rata memaklumkan bahawa gadis 20-an ini mempunyai personaliti yang menarik dan disukai ramai. Tidak peliklah dia menjadi pilihan hati Tony. Walau bagaimanapun, menurut laporan The Star, dia kini pada di awal 30-an.

Perkahwinan ini dihadiri seramai 150 orang tetamu. Antara tetamu kehormat yang turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi AirAsia dan Ketua Eksekutif Tune Group, Datuk Kamarudin Meranun; Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu Tan Sri Rafidah Aziz.

Tahniah kami ucapkan! Harap Tan Sri Tony Fernandes dan isteri berbahagia hingga ke akhir hayat! 🙂

Baca: AirAsia Dikritik Netizen Kerana Papar Iklan Ini Yang Dianggap Berunsur Seksual

Chest3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.