“Tolonglah hormat sikit bila orang kata tak nak komen. Bukan tulis Neelofa tak mau layan…”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sejak dua tiga hari ini, isu perkahwinan senyap-senyap antara pelakon terkenal Fattah Amin dan Nur Fazura telah menjadi topik hangat di antara netizen.

Terbaru, pengesahan perkahwinan dua pelakon ini oleh sumber terdekat kepada Mingguan Malaysia telah mencetuskan pergeseran di antara dua kelab peminat iaitu Fattzura dan Lofattah yang pernah menjadi kegilaan suatu ketika dulu.

Sumber: Instagram

Susulan daripada isu ini, Neelofa selaku wanita yang pernah dikaitkan bercinta dengan Fattah telah terkena tempiasnya apabila wartawan ingin mengetahui reaksi pelakon yang kini usahawan berjaya itu mengenai pernikahan tersebut.



Namun ketika ditemui, Neelofa memilih untuk mengunci mulut dan meletakkan jari di bibir sebagai tanda untuk tidak mahu menjawab soalan tersebut, lapor Rotikaya. Melihatkan reaksi Neelofa sebegitu, ramai yang mula membuat spekulasi dengan menuduh Neelofa kecewa dengan berita pernikahan Fattah dan Fazura baru-baru ini. Emm…..

Sumber: Instagram

Walau bagaimanapun, Neelofa menerusi instastory telah menghentam tindakan sesetengah wartawan akhbar yang dikatakan memutar belit kenyataannya berkaitan isu pernikahan Fattah dalam sebuah artikel bertajuk, ‘Neelofa Malas Mau Layan’.

Sumber: Harian Metro

Menerusi entrinya di Instagram, Neelofa telah meminta wartawan berkenaan untuk menghormati privasi seseorang selebriti apabila dia enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

“Tolonglah hormat sikit bila orang kata tak nak komen, bukan tulis “Neelofa tak mau layan” dan masih tulis ataumention nama mereka tentang isu yang I tak nak komen tu. 

“Di mana etika kewartawan anda? Penatlah dengan kes macam ni. I’m sure ramai rakan artis yang lain juga selalu terkena perkara yang sama,” luahnya.



Habislah Lofa dah marah! 

Sumber: Instagram

Terdahulu, bekas kekasih Fattah, Sherry Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tumpang gembira sekiranya benar Fattah dan Fazura sudah bertunang atau melangsungkan perkahwinan dan berdoa semoga pasangan tersebut mengecapi bahagia bersama, lapor Beautifulnara.

Kenyataan daripada pelakon ini telah mendapat pujian daripada netizen yang rata-rata membandingkannya lebih tenang daripada Neelofa yang nampak sedikit tegang menerima isu tersebut.

Sumber: Beautifulnara

Walau bagaimanapun, diharapkan isu seperti ini tidaklah berpanjangan. Neelofa mungkin punya sebab yang kukuh untuk mengunci mulut mengenai perkara lepas yang sudah berakhir. Bak kata orang, buang yang keruh dan ambillah yang jernih.

Buat netizen, lebih baik diam daripada menghambur kata-kata yang tak elok. Sama ada Fattah, Fazura dan Neelofa pastinya tidak mahu perkara seperti ini diperbesarkan. Harapnya peminat Lofattah cepat ‘move on’ ye! 



Baca: “Macam kahwin terdesak nak berlaki!” – Peminat #Lofattah Kecam Fazura Tidak Bermaruah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!