in

“Tolong jangan jadi parents batak!” – Wanita Bengang Lihat Kerenah Ibu Bapa Biadap Dalam Grup WhatsApp

Cikgu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak baru masuk Darjah Satu pasti teruja dengan proses yang sedang mereka lalui. Hantar anak pergi sekolah, tolong mereka siapkan latihan yang diberikan guru serta siapkan barangan yang perlu dibawa anak setiap hari ke sekolah merupakan antara pengalaman yang terindah.


Namun dalam keterujaan melalui proses tersebut, janganlah jadi seperti ibu bapa yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Shahida Nafishah Jamaludin ini. Menurut Shahida, ibu bapa zaman sekarang sudah tidak menghormati guru terutamanya dalam perbincangan di grup WhatsApp.

Whatsapp Stock
sumber: bgr india

Berikut apa yang ditulisnya:

“Ini snippet dari WhatsApp group kelas Darjah Satu. Minta maaflah kalau dalam ini ada parents yang bangsa begini. Tapi ni Kak Nam (nama panggilan) nak ajar kau sesuatu pasal courtesy

“Pertama sekali guys – ini hari SABTU. Hari Sabtu cikgu-cikgu pun nak berehat daripada sesak kepala mengajar anak-anak kau sepanjang lima hari seminggu. Lima hari melayan anak. Tujuh hari melayan mak bapak. Cikgu boleh mati tau tak?” 

27752522 10155892797731285 8637442915449411385 N
sumber: facebook

Kata Shahida, atas inisiatif bersama, para guru telah membuka grup WhatsApp untuk ibu bapa jikalau mereka mempunyai makluman penting dan kecemasan yang ingin dimaklumkan kepada guru. Contohnya seperti ketidakhadiran anak murid ke sekolah dan sebab-sebabnya.

Namun kewujudan grup ini sudah digunakan untuk perkara yang bukan-bukan oleh para ibu bapa. Contohnya untuk bertanyakan soal kerja sekolah yang guru sudah beri kepada anak murid.

“Kalau semua kau nak tanya balik, baik cikgu tak payah bagi arahan kat anak kau. Baik cikgu WhatsApp awal-awal dalam grup je senang. 

“Ajarlah anak-anak dengar arahan. Cuba ikut arahan. Biarkan anak-anak make mistakes so they learn.

“Jangan sikit-sikit buku ni apa, buku tu apa. Kerja sekolah mana nak buat. Sorry cikgu anak saya tak sempat siap kerja sekolah sebab tertidur dia penat pergi sekolah agama,” kata Shahida.

27654925 10155892797791285 5905654977529744059 N
sumber: facebook
27657903 10155892861486285 8949784138749203499 N
sumber: facebook

Bagi Shahida, ibu bapa harus ajar anak untuk bertanggungjawab atas perbuatan sendiri kerana sebagai ibu bapa, merekalah yang lebih memahami anak-anak mereka sendiri. Namun ibu bapa pula janganlah menjadi terlalu pemaaf dengan anak-anak.

“Sorry minta maaf semua. Anak baru Darjah Satu tak ada experience.

“Stop this nonsense lah. That’s the thing. Experience kau kena kutip dan belajar.” 

Menurut Shahida lagi, sikap ibu bapa yang membuat dia lebih sakit hati ialah mereka tidak pandai menghormati guru dan sering bertanyakan soalan yang remeh temeh.

“Siapa tahu bulan Mac cuti berapa haribulan?” 

“Mengucap panjang Kak Nam baca. WhatsApp group ada, maksudnya (telefon) Android kau ada. Kalau kau malas nak download aplikasi kalendar, Google pun kau tak reti ke macam mana?” 

27655193 10155893727596285 6704089637295885828 N
sumber: facebook

Lebih menyedihkan, guru-guru pula kini seperti sudah menjadi kaunter pertanyaan ibu bapa.

“Cikgu, anak saya tak sempat siapkan homework Maths. Boleh tak cikgu tolong tanyakan dekat Cikgu Maths kerja apa dia bagi, kalau boleh tolong snap lepas tu PM pada saya ye. Thank you.

Haa macam ni pun ada ke? 

27657842 10155893727541285 8028007831450189605 N
sumber: facebook

Disebabkan sikap ibu bapa yang begini, Shahida berpendapat inilah sebab yang menyebabkan guru-guru mudah hilang sabar dan sering bertindak di luar kawalan. Di akhir entri, Shahida meminta para ibu bapa yang bakal mempunyai anak masuk ke Darjah Satu untuk tanamkan azam menjadi ibu bapa yang baik dan tidak ‘batak’ seperti ibu bapa yang diceritakan ini.

Kasihan juga dekat cikgu nak kena melayan perangai ibu bapa macam ni. Ini baru satu kelas, kelas-kelas lain pula macam mana? 

Baca: “Jangan ambil hak murid!” – Guru Kesal Ibu Bapa Penuhi Kantin Sampai Murid Tak Ada Tempat Duduk Untuk Makan

Ibu Baoa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.