in

Tiket Final Piala Malaysia Habis Dijual Dalam Masa 45 Minit, Penyokong Kedah Tidak Puas Hati

Tiket Bola Depan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para peminat bola sepak pastinya ternanti-nanti perlawanan akhir Piala Malaysia di mana pasukan Kedah bakal menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu ini. Seperti biasa, penyokong tegar bola sepak sanggup beratur dari pagi untuk mendapatkan tiket perlawanan tersebut.


Menurut laporan Stadium Astro, sebanyak 4 kaunter tiket telah dibuka di Stadium Darul Aman pada pagi tadi. Namun, tidak sampai satu jam sahaja tiket diumumkan sudah habis terjual. Para penyokong pasukan Kedah dikatakan terkejut kerana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini dan ada di antara mereka yang telah pun mula beratur seawal 5.30 pagi.

Tiket Bola
sumber: stadium astro

Disebabkan itu, penyokong menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan menyerbu dan menimbulkan kekecohan di Pejabat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA). 

“Kami datang jam 4 pagi, ada yang datang lebih awal, dari jam 8 malam tadi pun belum dapat tiket lagi. Bayangkan, sekejap sahaja tiket sudah habis, macam mana?”

– Penyokong Kedah

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk KFA, Shaharol Niza Omar menerangkan bahawa daripada 30,000 tiket yang diperuntukkan, 18,000 tiket telah ditempah khas oleh para penyokong yang akan menaiki 400 bas rombongan ke Shah Alam; hampir 3,000 tiket lagi telah diperuntukkan untuk ahli gabungan dan Exco KFA, pihak pengurusan dan pemain serta penaja. Baki 10,000 tiket lagi merupakan jumlah tiket yang dijual di kaunter pada pagi tadi.

Bola2

Sumber: Utusan Online

Bagaimanapun, para penyokong Kedah masih tidak berpuas hati dengan penjelasan yang telah diberikan itu. Seorang peminat, Intan Md. Saad berkata,

“Saya dan penyokong lain akan membuat laporan polis kerana penerangan diberikan oleh KFA meragukan. Mengapa peruntukan tiket kepada ‘orang dalam’ lebih banyak berbanding kepada peminat.”

“Mereka perlu ingat, penyokong inilah yang sentiasa bersama pasukan Kedah dan bukannya ‘orang dalam’ itu. Kalau tiada penyokong, pasukan Kedah tidak ke mana.”

Pasukan Kedah bakal berentap dengan pasukan JDT dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Alahai, cepatnya tiket terjual! Harap peminat dapat bersabar dan tidak meninmbulkan kekecohan hingga menyebabkan kecederaan. Diharapkan juga hal seperti ini tidak akan timbul lagi. Mungkin lebih banyak tiket boleh diperuntukkan untuk para peminat pula selepas ini.

Baca: KJ Buka Mulut Perjelas Mengapa Tiket Final Bola Sepak Sukan SEA Tidak Dijual Online

Bolabaca

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.