in

TGV Buat Tawaran ‘Beli Satu Percuma Satu Tiket Wayang IMAX’ Dan Popcorn PERCUMA Hingga 4 Februari!

Imax

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiba sahaja hujung minggu, pasti ramai yang sudah merancang untuk meluangkan masa bersama keluarga mahupun rakan-rakan untuk tenangkan fikiran setelah penat melakukan tugasan masing-masing pada hari minggu.


Menonton wayang bersama orang yang tersayang adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan pada hujung minggu. Selain ianya menyeronokkan, anda juga dapat menonton tayangan filem pada skrin yang besar dengan bunyi yang jelas.

Oleh itu, kami ingin berkongsi yang kini TGV sedang mengadakan tawaran ‘Beli Satu Percuma Satu Tikat Wayang IMAX’ untuk anda nikmati sehingga 4 Februari ini.

K 3
sumber: tgv

Menurut WORLD OF BUZZ, panggung wayang TGV sedang mengadakan promosi ini kepada pelanggan Maybank yang menggunakan kad kredit ataupun kad debit, di mana mereka boleh membeli satu tiket wayang dan mendapat satu lagi tiket wayang secara percuma.

Bukan itu sahaja, pelanggan Maybank juga boleh menebus satu popcorn set kombo saiz regular dengan setiap pembelian tiket wayang IMAX mereka. Tak cukup dengan itu, anda hanya perlu membayar sedikit sahaja lagi sekiranya anda ingin meminta saiz popcorn yang lebih besar.

Hh 1
sumber: blog

Sekiranya anda ingin mendapatkan tawaran hebat ini, apa yang anda perlu lakukan ialah pergi ke mana-mana cawangan panggung wayang TGV seluruh Malaysia dan membuat bayaran tiket wayang anda menggunakan kad Maybank Visa payWave.

Berikut adalah cawangan yang menyertai promosi ini:

  • Sunway Pyramid
  • 1 Utama Shopping Centre
  • Sunway Velocity Mall
  • Aeon Mall Tebrau City
  • Gurney Paragon Mall
  • Vivacity Megamall

Promosi hebat TGV ini sah sepanjang hari pada hari minggu dan hujung minggu sehingga 4 Februari tetapi terhad kepada 6,000 penebusan pertama sahaja setiap hari dan hanya sah untuk tiket wayang IMAX sahaja.

Gk
sumber: blog

Selain itu, adalah diingatkan bahawa promosi ini hanya untuk kerusi tunggal tiket wayang IMAX dan kedua-dua tiket serta popcorn hanya sah pada hari pembelian.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini.

Apa tunggu lagi beb! Cepat pergi serbu!

Baca: Lost World of Tambun Buat Promosi Harga Runtuh, Tiket Serendah RM1 Hingga November

F 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.