in

Tertinggal iPhone Dalam Uber, Penumpang Diperas Ugut Oleh Pemandu Untuk Bayar RM300

Page Uber1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Uber merupakan perkhidmatan pengangkutan yang terkenal di Malaysia dan menjadi salah satu pilihan masyarakat untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Walau bagaimanapun, malangnya pelbagai perkara yang kurang enak didengari telah berlaku melibatkan pemandu Uber.


Terbaru, menurut WORLD OF BUZZ, seorang lelaki berbangsa Cina telah memuat naik entri di Facebook miliknya menceritakan pengalaman telah diperas ugut oleh seorang pemandu Uber.

Capture
gambar hiasan

Mangsa, Alvin Teo, memberitahu bahawa dia dengan tidak sengaja tertinggal iPhone miliknya di dalam kereta pemandu Uber. Apabila dimaklumkan, pemandu itu enggan memulangkan telefon bimbit tersebut selagi Alvin tidak memberikannya bayaran. Amboi!

Uber2
sumber: facebook

Melalui perbualan mereka di Facebook Messenger, pemandu itu mengatakan bahawa telefon bimbit Alvin tiada kepentingan baginya dan kesalahan berpunca daripada kecuaian Alvin sendiri. Pemandu berkenaan juga bertanya berapa yang sanggup Alvin bayar kepadanya untuk mendapatkan semula iPhone miliknya.

“Kalau setakat RM100, boleh lupakanlah. Tak berbaloi. Jangan bazir masa saya kerana kesilapan awak. Lebih baik saya buang barang awak dalam tong sampah.”

Pemandu itu turut meminta RM200 jika mangsa mahu telefon bimbitnya pada malam itu dan dek kerana terdesak, Alvin terpaksa akur.

Hblur
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, apabila pemandu itu tiba untuk bertemu dengan Alvin, dia telah meminta wang sebanyak RM300 berbanding dengan jumlah RM200 yang dituntutnya sebelum itu.

Entrinya yang telah tular mendapat pelbagai reaksi termasuk terdapat orang ramai yang menggesa Alvin untuk melaporkan hal tersebut kepada pihak polis kerana telah diperas ugut oleh pemandu Uber yang tidak jujur itu.

Harap tindakan akan diambil ke atas pemandu Uber ni…

Baca: “Macam mana boleh dapat 4.8 Stars?!” – Lelaki Kongsi Pengalaman Teruk Berdepan Pemandu Uber

H

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.