in

Terlajak Kaya! Lelaki Ini Lamar Kekasih Dengan 25 Buah iPhone X dan Hadiahkan Kepada Rakan-rakan

Iphone10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat telefon pintar jenama iPhone boleh menarik nafas lega kerana iPhone X sudah pun memasuki pasaran dan hanya menanti masa untuk dipasarkan di Malaysia. Namun harganya seperti biasa agak mencekik darah dan peminat tegar sudah semestinya sanggup berbelanja untuk mendapatkannya. Yang lain, mampu tengok je lah.


Tetapi lain pula dengan lelaki ini yang membeli bukan satu tetapi 25 buah iPhone X untuk melamar kekasihnya. Terlajak kaya weh!

Chen, seorang game programmer telah bertemu kekasih hatinya, Lee buat kali pertama pada dua tahun lalu melalui permainan yang diciptanya kerana mereka berdua mempunyai minat yang sama iaitu bermain permainan video.

Iphone7
sumber: wob

Menurut WORLD OF BUZZ, Chen yang bercadang untuk melamar Lee mengambil keputusan untuk membuat kejutan luar biasa terhadap kekasihnya. Dia telah membeli 25 buah iPhone X bersempena umur Lee yang berusia 25 tahun! Wow!

Iphone8
sumber: wob

Bagi melamar Lee, Chen telah menaburkan kelopak bunga ros di atas lantai serta meletakkan 25 buah iPhone X tersebut mengikut bentuk hati. Manakala cincin lamaran pula diletakkan di tengah-tengah bentuk hati tersebut.

Iphone3
sumber: wob

Tidak sangka dengan lamaran yang luar biasa daripada kekasihnya, Lee dilaporkan sangat gembira dan berbesar hati dengan kejutan yang diberikan Chen dan bersetuju untuk mengahwininya.

Apa yang lebih menarik dan mendapat perhatian ramai adalah, Chen kemudian memberikan iPhone X tersebut kepada adik Lee dan rakan-rakannya.

Iphone6
sumber: wob
Iphone1
sumber: wob

Disebabkan sikap Lee yang berhati mulia, ramai di antara netizen berharap untuk menjadi adiknya kerana menginginkan iPhone X tersebut. Ada juga yang mencadangkan Chen untuk membeli kereta; dan ada juga yang teruja hingga mengira kos keseluruhan 25 buah iPhone X itu. Busybody betullah korang ni. Haha! 

Menurut seorang netizen, sebuah iPhone X di China berharga RMB8,388 (RM5,356). Ini bermakna Chen telah membelanjakan sebanyak RMB209,700 (RM133,915) bagi membeli kesemua iPhone X tersebut. Wow! 

Lepas ni mesti ramai expect teman lelaki buat kejutan mewah macam ni kan! ?

Baca: Jurugambar Malaysia Panjat Jambatan Tertinggi Dunia Untuk Melamar Kekasih

Iphone9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.