in

Tendon Tangan Kanak-kanak Koyak Selepas Tersepit di Hujung Pintu Lif

Lif
Lobak Merah
Lobak Merah
Tendon Tangan Kanak-kanak Koyak Selepas Tersepit di Hujung Pintu Lif
Loading
/

Seringkali kita dengar cerita tentang bahaya eskalator yang boleh menyebabkan kecederaan serius. Tapi tahukah anda bahawa lif juga boleh menyebabkan kecederaan?

Sebuah video dimuat naik di Facebook baru-baru ini menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan melalui insiden tragis di mana dia telah mengalami kecederaan teruk ketika bermain di dalam lif.

Menurut World of Buzz, ibu bapa kanak-kanak berkenaan bersamanya di dalam lif dan dia bermain-main menekan butang lif itu. Anak kecil itu kemudian meletakkan tangannya di pintu lif yang sedang tertutup.

Bagaimanapun, apabila pintu lif itu terbuka, kanak-kanak tersebut tidak sempat bertindak pantas dan tangannya yang kecil itu terbawa sehingga ke hujung pintu lif berkenaan.

Lif2

Lif3

Doktor yang merawat kanak-kanak itu berkata,

“Ibu bapa mangsa memberitahu saya tangan kecilnya mula berdarah on the spot dan mereka menyalahkan diri mereka sendiri. Saya tidak sampai hati untuk menambahkan kesedihan mereka. Tangannnya mengalami kecederaan teruk dan tendon koyak. Dia telah menjalani pembedahan di mana saya cuba membetulkannya.”

Keadaan kanak-kanak itu kini dilaporkan stabil namun menurut doktor, fungsi tangannya berkemungkinan besar akan terjejas di masa akan datang.

Lif4
sumber: facebook

Status di Facebook itu turut memberi peringatan kepada semua ibu bapa di luar sana.

“Tolonglah peka dengan tragedi supaya insiden sama tidak berulang di masa akan datang. Apabila berada di dalam lif, awasi anak kecil anda lebih ketat dan pastikan mereka sentiasa berada di sisi anda. Jangan biarkan mereka bermain berdekatan pintu lif!”

Hati-hati kepada ibu bapa semua! Jangan terleka dengan anak kecil anda.

Baca: Buku Lali Kanak-Kanak Terkoyak Ketika Menggunakan Eskalator

Escalator