in

Temuramah Shah Rukh Khan di Mannat, Ada Yang Beri Komen Negatif Kepada Jaa Era FM

Srk Srk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Temuramah Shah Rukh Khan di Mannat, Ada Yang Beri Komen Negatif Kepada Jaa Era FM
Loading
/

Siapa yang tak gembira kalau diberi peluang untuk bertemu dengan pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan?


Namun siapa sangka tuah penyampai radio ERA FM, Jaa Suzuran apabila dia berkesempatan untuk menemuramah secara eksklusif hero Bollywood ini di Mannat, Mumbai pada Ahad lepas, lapor Media Hiburan.

Jaa 3
sumber: instagram

Sesi temuramah Jaa bersama Shah Rukh Khan itu bersempena dengan promosi filem terbarunya, Jab Harry Met Sejal yang bakal ditayangkan pada  4 Ogos ini.

Jab Harry Met Sejal Poster 1
sumber: koimoi

Dalam video temuramah yang dimuat naik oleh ERA FM, Jaa telah menyoal pelbagai soalan buat hero Bollywood itu termasuklah pertanyaan bagaimana dia ingin memenangi hati aktres Hanna Delisha.

Malah dia juga meminta pelakon tersebut untuk menyebut beberapa perkataan dalam loghat Melaka dan Kelantan seperti ‘merecik hawau’ dan ‘kawe jatuh motor sakit boh’.

Sumber: ERA FM

Disebalik rasa bangga dan keterujaan peminat Bollywood melihat Jaa menemuramah Shah Rukh Khan, masih ada segenlitir netizen melontar kata-kata negatif akan pertemuan tersebut.

Kebanyakannya mengkritik akan gaya Jaa mengendalikan sesi tersebut yang terlihat ‘kurang bijak’ dan pemakaiannya yang tidak kemas.

Srk 1
sumber: twitter
Srk 2
sumber: youtube
Srk 3
sumber: youtube
Srk 5
sumber: youtube

Mungkin ada betul juga kata mereka tu… 

Walaupun begitu, Jaa dalam BH Online memberitahu sungguhpun dia sudah menyediakan pelbagai soalan untuk diajukan kepada Raja Bollywood tersebut, namun dia tidak berkesempatan untuk bertanya kesemuanya.

“Dapat berjumpa artis Bollywood yang diminati ramai memang tak disangka-sangka. Pasti ramai yang cemburukan saya.” 

“Hampir sejam juga saya dapat menemubualnya untuk rakaman video. Namun, banyak soalan yang sudah dirancang awal tak dapat ditanya.”

Malah menurutnya, Shah Rukh Khan masih lagi kepenatan kerana baru pulang dari Jaipur. Pun begitu, pelakon tersebut masih meluangkan sedikit masa untuk menjawab pertanyaannya.

Melalui perkongsiannya di laman Instagram, Jaa telah memuatnaik gambarnya bersama hero Bollywood kesayangan ramai itu yang turut menasihatinya akan kecederaan yang dialami kakinya.

Jaa 1
sumber: instagram
Jaa 2
sumber: instagram

Wah untungnya Jaa!

Diharapkan Jaa mengambil komen netizen itu sebagai teguran yang membina. Manalah tahu dapat temubual bintang antarabangsa yang lebih hebat selain Ed Sheeran, Jackie Chan dan Datuk Shah Rukh Khan pula lepas ni!

Baca: Dian Sastrowardoyo Ditegur Netizen Kerana Tidak Memakai Tudung Dengan Sempurna Ketika Bertadarus

Dian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.