in

“Telefon bimbit sudah jumpa, bagaimana dengan nyawa mangsa?” – Keluarga Pelajar Ingin Tuntut Keadilan

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Guru sepatutnya menjadi pelindung kepada pelajar di sekolah dan sekiranya mereka melakukan kesalahan, adalah penting untuk para guru menyiasat bagi mendapatkan pucuk pangkal cerita sebelum menghukum.


Namun begitu, baru-baru ini kita telah dikhabarkan dengan berita yang kurang enak apabila seorang pelajar cuba bunuh diri dan disahkan mati otak selepas dituduh mencuri iPhone milik gurunya walaupun telah mengaku tidak bersalah.

Hg
sumber: facebook

Terbaru, mStar melaporkan pelajar tersebut yang berusia 14 tahun telah menghembuskan nafas terakhir di hospital pada jam 3.35 pagi semalam. Sebelum menggantungkan diri, Vasanthapiriya telah meninggalkan sekeping nota memberitahu keluarganya bahawa dia menyayangi mereka dan gurunya.

G
sumber: mstar

Sementara itu, menurut Harian Metro, telefon bimbit tersebut yang hilang kononnya dicuri mangsa sebenarnya tercicir di sebuah kedai makan. A. Lalitha, 43, ibu saudara Vasanthapiriya memberitahu bahawa mangsa merupakan seorang yang sensitif malah ketika dituduh mencuri, dia dimarahi di hadapan pelajar lain.

“Telefon bimbit yang hilang kononnya dicuri mangsa dijumpai tercicir di kedai makan namun bagaimana dengan anak saudara saya yang kini sudah meninggal dunia.”

Presiden Persatuan Tamilar Kural Malaysia David Marshel berkata kes ini bukan lagi kejadian bunuh diri, namun satu kes bunuh dan telah menggesa pihak polis supaya mengambil tindakan terhadap guru dan suaminya yang didakwa menggertak mangsa.

Harian
sumber: harian metro

“Kami sudah membuat laporan polis minggu lalu dan sudah empat hari sehingga hari ini kami masih belum menerima sebarang panggilan daripada polis atau pihak Jabatan Pendidikan Negeri. Kenapa diam? Kenapa mereka masih belum memberikan jawapan terhadap persoalan kami ajukan?”

Difahamkan kini tumpuan keluarga Vasanthapiriya adalah untuk menyelesaikan upacara pengebumian mangsa sementara berganding dengan Persatuan Tamilar Kural Malaysia bagi mendapatkan keadilan.

G1
sumber: facebook

Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua.

Baca: Akibat Dituduh Mencuri iPhone Guru, Pelajar Cuba Bunuh Diri dan Kini Alami Mati Otak

K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.