in

Tayar Motor Sering Bocor Bila Tunggang di Lebuhraya MEX, Rupa-Rupanya…..

Featured Paku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada sahaja cara pelik yang orang tidak bertanggungjawab gunakan, tidak pasti niatnya sama ada untuk dapatkan duit atau suka-suka. Baru-baru ini terdapat satu perkongsian di laman Facebook, di mana lelaki ini mendakwa bahawa tayar motornya sering bocor apabila menggunakan Lebuhraya Maju Express (MEX).


Mex 6 E1509251590253
sumber: facebook

Menurut Zul Mamu, pada waktu itu dia ingin menuju ke Setapak. Mamu perasan pada waktu itu, terdapat banyak paku, skru, besi dan banyak lagi di laluan kecemasan lebuhraya tersebut. Biar betul! Pada waktu itu juga, tayar motornya turut menjadi mangsa akibat terkena dawai yang ada pada jalan raya tersebut.

“Time gaji je mesti banyak paku dan benda-benda tajam kat MEX”

Tambahnya, sebelum ini tayar motornya memang sudah banyak kali bocor apabila lalu di lebuhraya tersebut, lebih-lebih lagi apabila waktu gaji masuk. Pandai betul orang yang buat kerja ni kan!

“Balik kerja Mamu cuba kutip dari Tol Salak Selatan sampai Exit Sri Kembangan”

“Boleh tahan banyak jugak dawai, skru dan besi”

Mex 2 E1509251660855
sumber: facebook
Mex 1 E1509251719150
sumber: facebook

Menurut Mamu, semasa perjalanan pulang ke rumahnya, dia cuba mengutip  apa yang ada pada laluan kecemasan lebuhraya tersebut dari Tol Salak Selatan hingga Exit Sri Kembangan dan dia dapat mengumpul sejumlah dawai, skru dan besi yang sangat banyak. Ia seolah-olah seperti memang sudah diletakkan di situ agar ada orang yang akan ‘terkena’. Tak baiknya!

“Kesian orang kalau kemalangan. Benda-benda ni kalau ada orang tabur harap orang tu insaf”

“Perkara yang dia buat ni, boleh buat orang cedera or hilang nyawa. Fikir sama kat keluarga orang yang kena”

Mex 5
sumber: facebook
Mex 4 E1509251948285
sumber: facebook

Dalam perkongsiannya, Mamu sempat berpesan agar sentiasa berhati-hati terutamanya apabila tarikh-tarikh gaji kerana pada waktu itu lah mereka mula buat ‘kerja’.

Tak semua orang boleh buat macam apa yang Mamu dah buat. Salute lah! Apa-apa pun, hati-hati ya!

Baca: Lelaki Kantoi Curi-curi Ambil Gambar Dada Wanita Dalam Lif di Setapak

Capture 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.