in

Tayar Kereta Baru Dibeli Meletup Menyebabkan Ibu dan Bayi 7 Bulan Maut Dalam Kemalangan

Accident

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kegembiraan mendapat kereta baru yang dibeli pada tiga hari lepas bertukar duka apabila tiga sekeluarga terlibat dalam kemalangan.


Namun apa yang lebih menyedihkan, kemalangan tersebut telah meragut nyawa seorang ibu dan anaknya yang baru berusia 7 bulan, lapor Malay Mail.

Plkdoede
sumber: terengganu times

Nahas yang berlaku pada jam 1.30 tengah hari itu terjadi di Km 65, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Abang, Dungun. Suami mangsa, Mohd Nazrin Nizam, 25 dikatakan sedang memandu menghala ke Kuantan apabila salah sebuah tayar di bahagian belakang kereta tersebut meletup.

26Maut1.Transformed
sumber: terengganu times

Kereta tersebut kemudian hilang kawalan sehingga merempuh tiang lampu di hadapan dan menyebabkan ibu dan bayi tersebut yang duduk di bahagian penumpang tercampak keluar dari kereta.

Kemalangan2 1
sumber: terengganu times
Kemalangan3
sumber: terengganu times
Kemalangan7
sumber: terengganu times

Mangsa, Nurbani Fartini Ahmad Fanizar yang juga berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Manakala bayinya, Naira Nur Farzana Mohd Nazrin yang berada dipangkuan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Dungun. Mohd Nazrin pula dilaporkan hanya cedera ringan.

Kemalangan5
sumber: terengganu times
Kemalangan6
sumber: terengganu times

Jenazah dua beranak tersebut telah selamat dikebumikan pada 11.30 malam semalam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Penaga, Kuala Terengganu.

Turut hadir menunaikan solat jenazah, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zuber Embong dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh.

Jenazah
sumber: harian metro

Suasana berubah hiba di kediaman mangsa apabila kain kafan dibuka sebaik sahaja jemaah selesai menunaikan solat jenazah untuk membolehkan ahli keluarga mangsa menatap wajah dua beranak tersebut buat kali yang terakhir.

Semoga suami dan keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan. Takziah…

Baca: Ibu Bapa Maut Korbankan Diri Demi Menyelamatkan Dua Anak Dalam Kemalangan di Lebuhraya Plus

Maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.