Tapak Parkir Belakang Bank di Seremban Jadi Lokasi Pemuas Nafsu, Seks Bebas Remaja

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Gejala seks bebas yang berlaku dalam kalangan remaja masa kini amat membimbangkan. Lebih merisaukan apabila tersebarnya sebuah foto di laman Facebook yang jelas menunjukkan betapa ‘bebas’ kegiatan ini berleluasa di tempat awam.

Menurut Sinar Harian, lokasi yang terletak di kawasan tapak parkir belakang sebuah bank dekat Jalan Dato Bandar Tunggal, Seremban menjadi perbualan netizen susulan penemuan pelbagai jenis kondom terpakai bersepah di atas tanah. 

Sumber: Facebook

Hasil tinjauan pemberita menunjukkan lokasi tersebut kelihatan seperti tapak parkir namun tiada pondok pengawal atau individu yang menjaga lokasi tersebut.



Namun, apa yang menarik perhatian ialah sebuah ‘bilik kecil’ yang kelihatan terbentuk daripada pagar zink yang digunakan untuk memagari kawasan yang kini telah menjadi sarang pasangan melempiaskan nafsu serakah mereka. 

Gambar hiasan

Di situlah juga kondom-kondom tersebut ditemui berselerakan di atas tanah bersama puntung rokok dan bekas minuman. Malah pada dinding ini juga tertera tulisan bayaran masuk RM1. Namun tidak dapat dipastikan sama ada ia merujuk kepada bayaran parkir ataupun…. bayaran yang ‘itu’!

Ekoran tularnya gambar tersebut, Pengerusi Persatuan Pengguna Masyarakat Negeri Sembilan, Mohd Aryan Kailash Arumugram berkata, dia tidak menolak kemungkinan yang ‘bilik’ tersebut digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini untuk melakukan aktiviti terkutuk kerana lokasinya yang agak tersorok. 

“Mungkin nak pergi hotel tiada duit, jadi mereka pilih tempat sebegitu untuk melempiaskan nafsu. Bagi saya ia sangat menjijikkan dan memalukan.

“Ia juga menggambarkan tahap moral segelintir masyarakat kita yang bermasalah dan ia sangat menyedihkan lebih-lebih lagi jika aktiviti terkutuk itu dilakukan golongan muda,” katanya.



Haih dekat bilik jijik macam tu pun jadi ye! 

Gambar hiasan

Malah penjualan kondom secara terbuka dan bebas juga menurutnya boleh mengundang perlakuan negatif dalam kalangan masyarakat. Pihak berwajib haruslah memantau kegiatan ini demi mengelakkan seks bebas berleluasa khususnya dalam kalangan remaja.

“Sebenarnya ia boleh berlaku di mana-mana pun sama ada kita tahu atau tidak perkara itu. Di Dataran Seremban misalnya, pernah suatu ketika dahulu jadi tempat budak muda melepak dan buat aktiviti tak berfaedah pada waktu malam,” katanya lagi.

Bagi Mohd Aryan, apa yang paling penting ialah pemantauan dan langkah-langkah pencegahan dari perkara tersebut terus berlaku. Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) juga akan membuat para pelaku berfikir banyak kali sebelum membuat perkara menjijikan di situ.

Semoga perkara terkutuk ini tidak berlaku lagi di kawasan tersebut. Elok juga pasang CCTV ataupun robohkan saja ‘bilik kecil’ itu untuk elak perkara ini terus berleluasa. 



Baca: “Only in Malaysia! Lepas ni perisa laksa..” – Kondom Berperisa Nasi Lemak Mula Dipasarkan November Ini

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!