in

Taman Tema Berjaya Times Square Beri Tiket PERCUMA dan Pelbagai Aktiviti Menarik Pada Cuti Sekolah Ini!

Times Square

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai sebenarnya yang tidak tahu akan kewujudan Berjaya Times Square Theme Park yang menawarkan pengalaman luar biasa bagi semua peringkat umur termasuk orang dewasa dan kanak-kanak


Kalau anda gemarkan aktiviti lasak seperti kami dan enjoy menaiki roller coasters serta rides menarik yang lain, inilah tempat di mana anda harus kunjungi pada setiap hujung minggu.

Ts 1

Nikmati cuti persekolahan bersama keluarga dan rakan-rakan di Taman Tema Times Square kerana mereka bakal adakan banyak aktiviti menarik yang menyeronokkan untuk semua.

Apa yang lebih syok, korang boleh enjoy pelbagai aktiviti baru dan rides yang menarik pada Disember ini secara PERCUMA!

Siapa tak suka benda-benda percuma ni oooiiii!!!

Apa yang korang perlu buat adalah:

  1. Like dan follow Taman Tema Berjaya Times Square di Facebook dan Instagram
  2. Share artikel ini di Facebook
  3. Tunjukkan artikel ini yang telah anda kongsikan di kaunter pertanyaan Taman Tema Berjaya Times Square untuk tebus tiket korang!*

Senang kan? Semudah tu je korang boleh dapat tiket FREE! Ianya hanya sah untuk 50 pemenang pertama yang layak, di mana setiap pemenang hanya boleh mendapat satu tiket sahaja. Cepat, jangan lambat lambat!

Jikalau anda tidak bernasib baik, jangan risau, tiket yang dijual masih berpatutan dengan harga RM41 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Korang akan rugi kalau terlepas daripada menikmati pelbagai aktiviti yang diadakan!

Berikut adalah antara aktiviti menarik (selain rides yang menyeronokkan) anda boleh nikmati di taman tema indoor Disember ini:

 

1. Dekorasi belon berwarna-warni

Ts 3

Dekorasi menarik bertemakan Forest Wonderland ini sangat unik kerana ianya menggunakan 15,000 belon!

Cuci mata korang dengan keindahan belon yang diilhamkan mengikut tema flora dan fauna. Arca belon menakjubkan ini dihasilkan oleh artis belon yang terkenal, Kelly Sashimi.

 

2. Belajar dan saksikan cara menggubah belon depan mata sendiri

Ts 2

Pernah terfikir bagaimana anda boleh tukar belon biasa kepada sesuatu yang sangat berbeza? Contohnya bentuk pelbagai jenis haiwan atau pedang? Korang akan dapat pengalaman tengok dan belajar bagaimana cara untuk menggubah belon seperti itu bersama Kelly Sashimi di sini!

Maklumat: Setiap Jumaat, 3PM-5PM

 

3. Rasai pengalaman mencipta terrarium hipster sendiri

Ts 5

Terrarium

Kalau korang nak tahu, harga untuk menghadiri bengkel mencipta terrarium sangatlah mahal. Tapi jangan risau, lepas ni korang boleh cipta sendiri terrarium di Taman Tema Berjaya Times Square ini dan show off pada kawan-kawan. Lebih syok lagi, bahan-bahan juga akan disediakan! Aktiviti macam ni, ibu bapa dan kanak-kanak pun boleh join tau. Mesti best!

Maklumat: Setiap hujung minggu , 4PM-5PM

 

4. Sertai perlumbaan hamster wheel bersaiz besar

BTS Theme Park KL

Weave through our enchanted forest to discover the giant hamster wheel and run with all your might and you may just walk away with a prize! How to participate1. Run on the Giant Hamster Wheel2. Light up the lights. The faster you run, the faster it rises3. The fastest runner each day wins a prize4. The fastest runner at the end of the campaign gets an annual pass for 1 adult and 1 child.What are you waiting for? Get running!ThrillaxToTheMax at #BTSThemeParkKL

Posted by Berjaya Times Square Theme Park on Friday, December 8, 2017

Sejujurnya, ini adalah satu aktiviti yang paling unik kami pernah dengar, kerana mereka mengajak kita untuk membakar sedikit kalori dengan menyertai aktiviti larian di atas roda besar yang mempunyai menara cahaya LED.

Paling menarik, peserta yang mendapat rekod paling laju dalam pertandingan sepanjang kempen ini akan memenangi Pas Tahunan Taman Tema untuk seorang dewasa dan seorang kanak-kanak, selain turut mendapat cenderahati menarik.

Maklumat: Setiap hari sehingga 1 Januari 2018

 

5. Belajar gerakan tarian yang baru dan funky bersama maskot – Profesor Cosmo, Oorts dan Ooops

Ts 3

Belajar gerakan tarian yang simple, fun dan menghiburkan daripada trio – Profesor Cosmo, Oorts dan Ooops – ini sambil enjoy lagu-lagu yang catchy.

Maklumat: Setiap hujung minggu, 3.15PM

PALING MENARIK sekali adalah, kesemua aktiviti ini hanyalah sebahagian daripada keseronokan yang bakal korang alami. Terdapat banyak lagi fun rides dan pelbagai aktiviti menyeronokkan boleh dilakukan di Taman Tema Berjaya Times Square seperti roller coaster Supersonic Odyssey, Spinning Orbit, DNA Mixer dan bermacam lagi.

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat kongsikan entri ini untuk menangi tiket ke Taman Tema Berjaya Times Square! Tempoh penebusan adalah sekarang hingga 1 Januari 2018.

Ketahui lebih lanjut tentang apa yang ditawarkan oleh Taman Tema Berjaya Times Square di sini!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.