Takut Maklumat Anda Dicuri? Periksa Sini Untuk Tahu Jika Anda Sudah Jadi Mangsa!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Maklumat dan data peribadi adalah sangat penting. Namun, dengan teknologi moden sekarang, maklumat peribadi anda boleh dicuri dan digunakan oleh orang lain. Jika data ini sampai ke tangan yang salah, perkara yang lebih serius mungkin boleh berlaku terutamanya jika digunakan untuk tujuan jenayah.

Terbaru, kini anda boleh periksa sekiranya MyKad anda telah digunakan bagi mendaftar nombor lain yang bukan milik anda!

Sumber: The Star

Menurut The Star, blogger teknologi, Keith Rozario telah mencipta sebuah laman sesawang, sayakenahack.com di mana anda boleh menyemak sekiranya maklumat peribadi anda telah dicuri atau digunakan oleh orang lain.



Setakat ini, seramai 50,000 rakyat Malaysia telah menggunakan laman sesawang ini dan ramai antara mereka baru mendapat tahu bahawa terdapat nombor telefon yang bukan milik mereka telah didaftarkan menggunakan MyKad mereka. Alamak! 

Sumber: SayaKenaHack

Pencurian maklumat secara besar-besaran telah dilaporkan berlaku kerana terdapat individu yang cuba menjual maklumat untuk sejumlah bayaran dalam bentuk Bitcoin. Hal ini dipercayai telah melibatkan sebanyak 46.2 juta pengguna telefon bimbit di Malaysia. Maklumat yang dicuri termasuklah alamat rumah, nombor MyKad serta maklumat kad SIM.

Sumber: SayaKenaHack
Sumber: SayaKenaHack

Menurut seorang mangsa yang tidak mahu dikenali, dia amat terkejut apabila mendapat tahu terdapat nombor telefon prepaid telah didaftarkan di atas namanya walaupun dia tidak pernah mendaftar dan menggunakan nombor daripada syarikat telekomunikasi terbabit.

Tan, 36, juga mangsa, tidak menyangka apabila mendapati terdapat tiga nombor telah didaftarkan menggunakan namanya walaupun dia hanya mempunyai dua nombor sebenar.

Nombor telefon yang satu lagi itu bukanlah nombor lama yang pernah saya guna dulu. Macam mana orang lain boleh mendaftar nombor telefon menggunakan maklumat saya?” kata Tan, hairan.

Menurut ahli Strategi Teknologi, Dinesh Nair, terdapat dua kemungkinan bagaimana hal ini boleh berlaku.



Pertama ialah nombor MyKad mereka telah digunakan untuk nombor prepaid yang boleh didapati di kedai-kedai biasa.

Kemungkinan yang kedua ialah ‘hygiene’ atau ‘kebersihan’ data tersebut yang tidak bersih akibat daripada rekod yang telah dibuat salinan dan kesilapan lain.

Ketua Pegawai Sektor Keselamatan dan Penguatkuasaan Rangkaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Zulkarnain Mohd Yassin berkata, kemungkinan besar ini adalah kes mencuri identiti bagi mendaftar nombor telefon bimbit.

Beliau juga menasihatkan supaya mangsa menyemak semula dengan syarikat telekomunikasi sekiranya terdapat nombor yang didaftarkan di atas nama dan nombor MyKad mereka serta melaporkan ia kepada SKMM.

Sehingga setakat ini, kes berikut masih lagi dalam siasatan.



Bagus ada laman sesawang macam tu yang dapat membantu kita kenal pasti sekiranya maklumat kita telah digunakan oleh orang lain. Walau bagaimanapun, kita perlulah berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa.

Baca: 15 Laman Sesawang Malaysia Digodam Indonesia Gara-gara Insiden Salah Cetak Bendera

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.