in

Takut Hilang Mata Pencarian, Ibu Paksa Anak Layan Nafsu Suami Kerana Sibuk Bekerja

Page1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Istilah pencabulan atau rogol merujuk kepada serangan seksual yang dilakukan oleh seseorang individu dengan memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seksual bersamanya tanpa kerelaan. Jika serangan ini berlaku dalam kalangan keluarga, ia dilabel sebagai ‘sumbang mahram’. Namun, istilah ini terlalu lembut untuk menggambarkan seorang perogol.


Abdja Zulkifli, pengarah Kempen Stop #Perogoldalamrumah menegaskan bahawa masyarakat sepatutnya dididik untuk menggunakan istilah ‘rogol’ bagi menggambarkan perbuatan keji perogol yang tinggal sebumbung dengan mangsa, lapor Sinar Harian.

W1 1
sumber: sinar harian

Menerusi sebuah program bual bicara bertajuk ‘Perogol Dalam Rumah’ yang diadakan di Dewan Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf semalam, Abdja mendedahkan pengakuan menyedihkan yang diperolehi hasil daripada kempen yang dijalankan selama ini.

“Masalah rogol ada banyak peringkat. Setiap peringkat adalah berbeza. Ramai ibu yang takut untuk lindungi anak perempuannya daripada dirogol bapa kerana takut hilang mata pencarian atau secara mental didera oleh suaminya.”

W3
sumber: facebook

Mungkin sukar untuk diterima akal, tapi itulah hakikatnya apabila wujud segelintir ibu yang tidak melindungi anak gadis sendiri daripada dinodai oleh suami kerana terlalu sibuk mencari rezeki atau terlibat dengan komitmen lain.

Lebih teruk lagi, ada sebilangan wanita yang bukan sahaja merelakan anak perempuan dirogol oleh bapa sendiri malah memaksa pula si anak untuk melayan nafsu serakah suami kerana terlalu sibuk dan fokus terhadap perkara lain.

W2 1
sumber: facebook

“Ibu bapa perlu tahu peranan masing-masing. Ibu atau mangsa sendiri perlu tahu saluran yang betul untuk mengadu jenayah rogol yang berlaku dalam rumah,” kata Abdja lagi mengulas betapa pentingnya untuk para ibu bangkit memerangi jenayah rogol dalam rumah.

Abdja juga menegaskan bahawa jenayah rogol perlu dibanteras daripada awal. Anak-anak perlu diberikan didikan sejak kecil untuk tahu apakah perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan serta apa yang boleh dipegang dan apa yang tidak boleh disentuh.

Semoga tiada lagi kaum ibu yang sanggup menggadai maruah anak sendiri demi sesuap nasi kerana masa depan anak-anak adalah lebih penting daripada wang dan kekayaan. 

Baca: Takut Diugut Suami, Wanita Benarkan Anak Dirogol Bapa Kandung Selama 3 Tahun

Ssws

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.