in

Takut Batuk Dan Sakit Tekak? Ini Cara Betul Makan Limau Mandarin Yang Ramai Tak Tahu

Page Sue

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buah limau mandarin amat sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina. Apabila perayaan kaum Cina ini semakin hampir, maka banyaklah buah limau mandarin dijual mahupun diberikan secara percuma kepada kenalan.


Walau bagaimanapun, buah yang dipercayai membawa kemewahan ini sering kali dikaitkan dengan gejala sakit tekak dan batuk kepada mereka yang memakannya. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ada cara yang betul untuk makan buah limau mandarin bagi mengelakkan batuk mengikut perkongsian Dr. Rosli Abdul Jalil di akaun Facebook miliknya.

 

1. Basuh atau rendam buah limau sebelum makan

Kulit limau mandarin terdapat racun yang banyak kerana pengusahanya meletakkan bahan kimia sebelum dimasukkan ke dalam kotak bagi tujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga.

Sue3

 

2. Pastikan jari yang terkena kulit limau tidak tersentuh isi limau

Di atas sebab yang sama, sekiranya di dalam keadaan yang tidak mengizinkan untuk buah limau anda untuk dibasuh atau direndam, anda sebaik-baiknya perlu mengelakkan jari yang sudah terkena kulit limau untuk tidak terkena isi buah limau tersebut. Ini kerana bahan kimia itu akan beralih dari kulit ke isi limau.

Sue4

 

3. Pakai sarung tangan plastik ketika mengupas kulit limau

Memakai sarung tangan merupakan alternatif lain yang boleh dicuba bagi mereka yang ingin menikmati buah limau mandarin tanpa risiko terkena sakit tekak dan batuk. Walau bagaimanapun, anda haruslah pastikan hanya menggunakan sarung tangan ini untuk mengupas buah limau dan kemudian gunakan tangan untuk makan isinya.

Limau4
gambar hiasan

Mengapakah buah limau mandarin berkait rapat dengan gejala sakit tekak dan batuk? Sedikit fakta, buah limau mandarin yang diletakkan di dalam kotak dan dijual secara komersial telah direndamkan ke dalam sejenis cecair bahan kimia yang dipanggil sulfur dioksida.

Limau2Crop
gambar hiasan

Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu ke dalam bahan kimia ini bagi melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga, sekaligus membuatkan limau-limau tersebut untuk tahan lebih lama.

Limau3
gambar hiasan

Mungkin ramai yang tertanya-tanya sama ada bahan pengawet sulfur dioksida ini bahaya untuk kesihatan anda. Jawapannya mudah sahaja, sulfur dioksida ini tidaklah bahaya sehingga membawa maut. Tetapi, ianya boleh menyebabkan radang dan sakit tekak yang teruk.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan demam dan batuk kering yang berpanjangan serta boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kes di mana sulfur dioksida ini menyebabkan sakit perut dan serangan lelah.

Batuk1
gambar hiasan

Oleh itu, pada musim perayaan Tahun Baru Cina yang sentiasa dimeriahkan dengan buah limau mandarin, orang ramai perlulah beringat untuk mengikut cara untuk makan buah ini dengan betul supaya dapat mengelakkan sakit tekak dan batuk.

Bolehlah makan buah limau banyak-banyak lepas ni!

Baca: 7 Tips Berguna Buat Para Isteri dan Suami Untuk Memudahkan Urusan Seharian

Buah Limau

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.