Takut Anak Hilang di Mall? Sunway Pyramid Cipta Tatu Sementara Secara Percuma

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kes jenayah semakin menjadi-jadi di Malaysia terutamanya kes penculikan kanak-kanak. Dari masa ke masa kita dapat lihat pelbagai cara yang digunakan oleh penculik bagi merealisasikan matlamat mereka.

Para penculik juga semakin berani menculik kanak-kanak meskipun ibu bapa mereka berada berhampiran atau di tempat awam yang dipenuhi orang ramai. Antara lokasi paling ‘panas’ dan mudah bagi mereka melakukan jenayah itu adalah pusat membeli belah.

Gambar hiasan

Oleh yang demikian, ibu bapa dinasihati supaya lebih berhati-hati dan memastikan anak-anak mereka sentiasa dalam pengawasan. Antara cara digunakan ibu bapa kini untuk mengawasi anak yang masih kecil dan aktif adalah dengan memasang harness bagi ‘mengikat’ anak mereka.



Gambar hiasan

Menurut WORLD OF BUZZ, dalam usaha mengelakkan penculikan kanak-kanak, pusat beli belah Sunway Pyramid telah menyediakan ‘tatu’ sementara yang mempunyai nombor telefon ibu bapa atau penjaga. Tatu ini dipanggil “Child Safe Emergency Contact Temporary Tattoo“.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Menurut Facebook rasmi Sunway Pyramid, mereka mengatakan tatu ini adalah percuma dan boleh ditampal pada tangan anak-anak dengan hanya menggunakan kain lembap. Ibu bapa juga tidak perlu risau kerana tatu ini mudah untuk dibersihkan dengan menggunakan minyak bayi, tisu basah atau hand sanitiser.

Dalam situasi kecemasan, sekiranya kanak-kanak kehilangan ibu bapa sewaktu berada di mall tersebut, mereka boleh meminta bantuan daripada pihak pengurusan atau dari polis bantuan. Mereka kemudian akan menghubungi nombor yang tertera di tatu tersebut dan memaklumkan kedudukan anak mereka.

Bagi ibu bapa yang merancang membawa anak mereka ke Sunway Pyramid, bolehlah mendapatkan tatu ini di tingkat G, Main concierge ataupun di tingkat LG2 Concierge yang berhampiran dengan Marrakesh.

Sumber: Facebook

Bagus juga inisiatif yang diambil oleh pihak Sunway Pyramid ni. Harap-harap dengan cara ini, perkara yang tidak diingini dapat dielakkan. Mall lain juga boleh ikuti kaedah digunakan Sunway Pyramid 🙂



Baca: Wanita Kongsi Saat Mendebarkan Ketika Anaknya Hampir Diculik di IOI Mall Puchong

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.