in

“Takkan nak biaq dia mati?” – Adik Lelaki Tekad Redah Banjir Demi Selamatkan Abang

Nelayaaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai telah maklum bahawa Pulau Pinang kini sedang teruk dilanda banjir. Keselamatan diri dan orang tersayang menjadi keutamaan sewaktu saat-saat genting sebegini. Ahli keluarga adalah yang paling perlu diutamakan atau diselamatkan ketika berlakunya bencana.


Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki yang berani dari Teluk Bahang baru-baru ini. Seorang lelaki telah berkongsi detik cemas dilaluinya sewaktu cuba untuk menyelamatkan abangnya yang hampir karam bersama bot di tengah laut, lapor The Malaysian Insight.

Nelayan
sumber: the malaysian insight

Ketika kejadian, Mohd Zamir Mohd Sharif, seorang nelayan bimbangkan abangnya Mohd Fitri yang masih belum pulang dari menangkap ikan meskipun sudah pukul 9 malam. Dalam keadaan hujan yang lebat dan ombak laut bergelora, Zamir nekad untuk meredah ribut luar biasa di tengah laut semata-mata untuk pergi mencari abangnya.

Orang lain mungkin takut hilang bot yang menjadi kunci mencari rezeki seorang nelayan, tetapi tidak bagi Zamri. Hari gelap, angin pusing, dan laut gelombang tidak menghalang lelaki berusia 30 tahun itu keluar mencari abangnya.

“Ketaq (takut) juga. Tak pernah jadi macam ni. Tapi (yang di tengah laut tu) abang saya kot, takkan nak biaq (biar) dia mati?” 

Nelayan3
gambar hiasan

Nasib mereka baik kerana liputan telefon masih elok dan abangnya sempat mengubungi Zamir memaklumkan keberadaannya. Zamir kemudian mengajak tiga orang rakannya untuk turun ke laut membantu mencari abangnya yang berusia 34 tahun itu.

Dia telefon dan suruh cepat sikit. Kata dia bot dah nak karam.”

Setelah 20 minit meredah hujan badai di tengah laut, Zamir dan tiga rakannya berjaya menjumpai bot yang hampir karam itu sekaligus menyelamatkan abangnya dan rakan yang sempat menggunakan isyarat laser sebagai penanda arah.

Kalau lambat sikit, pakat hilanglah depa,” kata Zamir.

Nelayan2 1
gambar hiasan

Difahamkan, majoriti bot nelayan bernilai RM50,000 tetapi bagi Zamir, dia bersyukur kerana abangnya tidak turut hilang bersama bot yang karam dalam hujan lebat dan ombak besar itu.

Saya takut juga nak turun tapi saya tak sanggup hilang abang. Kalau tanya saya antara ini atau tsunami 2004, lagi takut kali ini dari tsunami.”

Wang ribuan ringgit takkan dapat gantikan ahli keluarga. Berhati-hatilah sewaktu kejadian bencana walau dimana jua kita berada. Utamakan keselamatan…

Baca: Cikgu Cantik Dipuji Sanggup Gendong Pelajar Kerana Takut Dipatuk Ular Ketika Banjir

Cikgu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.