in

“Tak sudah-sudah dengan kisah cinta lain taraf” – Beto Kusyairy Buka Mulut Tentang Drama Cinta di Televisyen

Betooo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cinta Hati Batu, Kekasih Paksa Rela, My Coffee Prince. Sebut sahaja drama melayu yang ditayangkan di Malaysia sekarang, semuanya berkisarkan kisah cinta. Masyarakat kita sudah cukup lali dengan kisah cinta antara dua darjat atau pergelutan kuasa antara watak-watak berpangkat Tan Sri.


Pun begitu, drama dan filem yang mengetengahkan kisah cinta masih banyak dihasilkan di negara kita. Bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan, kemunculan kisah-kisah cinta di kaca televisyen bagaikan tiada kesudahan.

Betow
sumber: merdeka

Meluahkan rasa kesal, pelakon Beto Kusyairy membuka mulut di laman Twitter berkenaan sinopsis cerita yang dikatakan asyik pusing benda sama. Betul tu!

Beto dalam entrinya mengatakan bahawa beberapa sinopsis yang ditawarkan kepadanya melalui emel seringkali menggunakan plot yang serupa tapi hanya tukar nama watak dan jenis perniagaan yang ditunjukkan dalam drama sahaja.

“Aku dapat 3-4 email yang semuanya sama. Memang semua benda nak kena sama ke?”

“Sinopsis atau skrip yang ditawarkan asyik pusing benda sama. Nama watak dan bisnes aje yang lain. Boring gila.”

Beto1
sumber: twitter

“Cinta sweet-sweet yang jauh dari realiti. Hidup kita ni memang dengan fantasi dongeng semata aje ke?”

Berdasarkan komen-komen yang membalas entri Beto, rata-rata mengatakan bahawa kisah cinta sentiasa dijaja di kaca televisyen kerana demand penonton terhadap cerita genre sebegitu. Ada juga yang menyarankan agar produksi menghasilkan cerita berunsur ilmiah.

Betoq
sumber: eh

Beto turut mempersoal sampai bila pihak produksi mahu berada di takuk lama kerana asyik guna jalan cerita yang sama. Pelakon filem Bisik Pada Langit ini menegaskan bahawa apa yang penting dalam menghasilkan sesebuah karya adalah kandungan drama atau filem tersebut.

“Isu pokok di sini adalah content. Content is king!”

Berikutan entri Beto, ramai netizen menyuarakan pendapat mereka yang ternyata bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh Beto. Ada yang mengatakan bahawa mereka bosan dengan jalan cerita  diketengahkan penerbit dan menggesa pengkarya untuk membuat sedikit research supaya boleh tampil dengan genre yang lebih menarik.

Beto3
sumber: twitter
Beto4
sumber: twitter
Beto8
sumber: twitter 

Ada betulnya apa yang dikata Beto. Asyik-asyik cerita cinta je kat Malaysia ni. Bosan jugak asyik cerita cinta je, kan? 

Baca: “Seram wehhhh!” – Netizen Sampai Baca Ayat Kursi Takut Tonton Pengabdi Setan!

Setan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.