Tak Sempat! Duda Ditangkap Khalwat Bersama Janda Cuba Menyorok Bawah Katil

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Golongan remaja seringkali dikaitkan dengan masalah sosial seperti kes buli, pergaulan bebas, dadah, seks bebas dan bermacam-macam lagi. Namun, sedarkah kita bahawa sebenarnya masih ramai golongan lain yang turut terlibat dalam kes-kes sebegitu?

Seperti kes terbaru ini di mana seorang lelaki berusia 40 tahun telah ditangkap dalam keadaan mengaibkan bersama seorang wanita berusia 27 tahun selain turut berada di bawah pengaruh dadah.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki dan wanita yang masing-masing merupakan duda dan janda itu telah ditahan di sebuah bengkel mengecat kereta bertempat di Kampung Sentosa, Besut oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).



Sumber: Facebook

Kedua-dua mereka yang tidak didedahkan identiti itu telah diserbu pihak AADK selepas mereka mendapat maklumat mengenai penyalahgunaan dadah daripada orang awam di bengkel berkenaan.

Semasa diserbu, janda itu ditemui berkain pelekat dan duda tersebut pula sedang cuba menyembunyikan dirinya di bawah katil. Wanita itu mengakui pernah berkahwin sebanyak 2 kali sebelum ini dan mempunyai seorang anak yang kini dijaga oleh bekas suami pertamanya.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ketua Pegawai AADK Besut, Normayati Mat Nawi berkata pasangan berkenaan juga ditemui di bawah pengaruh dadah.

Ujian saringan air kencing mendapati pasangan itu positif dadah jenis methamphetamine.”

Tidak cukup dengan itu, mereka juga didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk yang melibatkan dadah di Kelantan. Mereka berdua telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Inilah sebab kita patut jauhkan diri daripada dadah. Dadah boleh buat kita hilang pertimbangan, dan buat benda yang bukan-bukan. Harap-harap mereka berdua mendapat bantuan bagi mengatasi masalah dadah dan insaf dengan perbuatan mereka ni.



Baca: Wanita Mohon Maaf Selepas Paksa Suami Lafaz Cerai Kerana Kantoi Bersetubuh Dengan Wanita Lain

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.