“Tak sedap pun dia nyanyi. Dahlah tak famous” – Gimik Lagu Nabila Razali Dicemuh Netizen

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Mungkin sebelum ini nama Nabila Razali tidak begitu dikenali peminat industri muzik tempatan. Namun semenjak insiden ‘putus cinta’ dengan Aedy Ashraf berlaku tidak lama dulu, nama Nabila sering menjadi sebutan.

Muncul dengan single Pematah Hati, Nabila telah menggunakan drama percintaannya bersama Aedy sebagai gimik untuk melariskan lagu dan klip video terbaru. Ternyata gimik tersebut menjadi kerana namanya telah menjadi sebutan ramai dan klip video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 1.8 juta di Youtube. Wow! 

Sumber: Twitter

Di sebalik kejayaan daripada segi pemasaran lagu tersebut, muncul suara tidak enak yang mengecam Nabila kerana mengingatkan Aedy benar-benar curang dengan penyanyi comel molek ini, lapor Beautifulnara.



Tidak cukup dengan itu, ada juga yang berang kerana menganggap Nabila sengaja menggunakan publisiti murahan untuk melariskan ‘Pematah Hati’ yang sudah lama di pasaran disebabkan suaranya yang tidak begitu sedap dan dilabel sebagai artis sendu. Opss! Jahat mulut netizen! 

Sumber: Twitter

Walau bagaimanapun, Nabila tidak cepat melatah. Menerusi kenyataannya di Kosmo!, dia tidak kisah dikecam netizen dan berterima kasih atas perhatian yang diberikan netizen terhadap gimik cintanya dengan Aedy.

“Ramai penyanyi lain yang turut mencipta gimik bagi melariskan produk seni mereka. Begitu juga dengan saya, cuma cara yang diambil saya adalah begini. 

“Walaupun dikecam, ia secara tidak langsung membuatkan nama saya lebih dikenali dan membantu karier saya sebagai penyanyi. Saya berterima kasih kepada mereka yang menjadikan ‘percintaan’ saya itu tular,” kata Nabila.

Sumber: Beautifulnara
Sumber: Beautifulnara

Sementara itu, tidak semua juga dikalangan netizen yang mengecam gimik percintaan Nabila dan Aedy. Ada segelintir berpendapat Nabila sebagai genius dalam menarik perhatian netizen dan klip video yang dihasilkan juga sangat berkualiti tinggi.



Sumber: Twitter

Dalam dunia serba-serbi moden ini, artis dan orang ramai sanggup lakukan apa saja demi mendapat perhatian ramai. Pelakon sekarang juga hampir menggunakan teknik yang sama. Berpura-pura bercinta demi tarik perhatian peminat fanatik. Hmm…

Baca: “Batak sangat nak tiru budaya barat!” – Netizen Kecam Video Joe Flizzow Terlalu Seksi

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!