“Tak sangka insan yang bergambar dengan saya 18 tahun lalu adalah jodoh saya….”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Tapi siapa sangka akan keajaiban jodoh yang Tuhan telah tentukan? Sibuk kita mencari pasangan yang nun jauh di seberang sana. Rupa-rupanya ‘tulang rusuk’ merupakan si gadis yang pernah kita bertemu suatu ketika dulu!

Dengar macam kisah novel saja, kan? Tapi inilah kisah cinta sebenar pasangan suami isteri, Sith Ismail dan Siti Latifah Yunos.

Menurut Harian Metro, Sith mengakui gambar tersebut diambil secara tidak sengaja ketika masing-masing berusia 9 dan 11 tahun. Pada ketika itu, mereka sedang menghadiri majlis ziarah marhaban di rumah rakan Sith di Kampung Separap, Batu Pahat, Johor.



Sumber: Facebook

“Ketika itu masing-masing masih lagi kecil, langsung tak fikir apa-apa apatah lagi jatuh cinta,” kata Sith.

Pun begitu, dia mula menyedari akan kewujudan gambar tersebut pada tahun 2015, selepas beberapa minggu mereka bernikah. Sith tergerak hati untuk mengeluarkan semua gambar-gambar lama simpanannya dan gambar tersebut merupakan salah satu darinya.

Dia tanya saya adakah saya kenal orang di sebelah saya. Saya pula hanya mampu tercengang ketika itu. Saya langsung tidak menyangka kanak-kanak perempuan itu adalah isteri saya sekarang.”

Aww so sweet! Kalah drama pukul 7 ni.

Sumber: Facebook

Semuanya bertambah indah apabila Sith akan sentiasa terkenangkan gambar berkenaan apabila Aidilfitri menjelang. Gambar istimewa itu telah diambil semasa perayaan berkenaan berlangsung.

“Tradisi ziarah rumah ke rumah atau dikenali sebagai Marhaban ini memang amalan tradisi penduduk Johor. Disebabkan itulah setiap kali tibanya raya, saya akan teringat peristiwa manis itu.”



Setiap kali saya teringat kenangan itu, setiap kali itu jugalah saya tersenyum seorang diri. Tidak sangka jodoh saya selama ini ada di sebelah saya saja.”

Aduh bersemutnya… manis sangat ni, bang!

Sumber: Facebook

Pasangan yang menyambut Aidilfitri mereka di Parit Sulong, Batu Pahat ini berkenalan melalui aplikasi WeChat dan seterusnya bersahabat, bertunang dan kemudian bernikah pada tahun 2015.

Kalau orang kata novel itu indah jalan ceritanya, namun rasanya jalan cerita yang dinukilkan Tuhan itu nampaknya lebih indah, bukan? Semoga pasangan ini berkekalan hingga ke jannah! 

Baca: Lelaki Rakam Gambar Gadis Cedok Lauk Di Majlis Perkahwinan Secara Spontan, Kini Jadi Isteri

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!