in

Tak Perlu Pergi Oversea Kalau Nak Merasa Bercuti Tempat Cantik Macam Ni, Malaysia Pun Ada!

Percutian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tempat-tempat menarik ni selalunya ada kat oversea je. Bila tengok kawan yang kat oversea tu post gambar cantik-cantik kat Instagram, jealous semacam pulak. Sebenarnya kalau nak pergi tempat macam tu, tak payah pergi jauh-jauh pun. Tak perlu berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk bayar tiket pergi oversea, dalam negara pun ada tempat-tempat yang nampak macam kat luar negara tau!


 

1. Pulau Bohey Dulang, Sabah

Kalau sebut je pulau kat Sabah, mesti semua teringat Pulau Sipadan, kan? Tapi sebenarnya bukan pulau tu je popular tapi ada banyak lagi pulau kat Sabah. Salah satunya Pulau Bohey Dulang ni. Air laut dia memang biru dan jernih dah macam air laut kat Maldives pun ada, memang cantik! Kalau dari bandar Semporna tu lebih kurang 30 minit je nak sampai sini guna bot.

Bohey2
sumber: facebook
Bohey1
sumber: sabahup2date

 

2. Pantai Senok, Kelantan

Ingat lagi tak dulu-dulu zaman demam Winter Sonata tu, memang semua orang berangan nak pergi Korea time tu. Lepas tu zaman sekarang ada Running Man pulak. Maka tak habis-habis la demam kemaruk Korea korang tu berpanjangan sampai ke hari ni. Lepas tu korang simpan cita-cita nak pergi Korea sampai sanggup ikat perut nak simpan duit punya pasal. Tak payah susah-susah seksa diri, korang datang je sini. Taman Pokok Rhu kat Pantai Senok ni ada deretan pokok rhu yang cantik ala-ala macam kat Nami Island di Korea.

Nami2
sumber: instagram
Nami1
sumber: instagram

 

3. Trails of Kampar, Perak

Trails of Kampar Hotels & Resort ni terletak di Perak. Bila datang je sini dan tengok konsep seni bina dia, korang akan rasa macam kat Amerika Syarikat. Serius! Dengan bangunan warna putih, bumbung bangunan kat sini diimport khas dari Amerika Syarikat untuk bagi korang feeling-feeling macam kat Amerika betul. Tempat ni memang cantik, sesuai sangat kalau korang nak buat lokasi pilihan berbulan madu tak pun wedding photoshoot.

Kampar 1
sumber: facebook
Kampar 3
sumber: booking. Com

 

4. Masjid Al-Bukhari, Kedah

Lokasi yang satu ni seni bina dia nampak macam masjid kat Timur Tengah, tapi sebenarnya kat Malaysia je. Masjid Al-Bukhari kat Alor Setar ni katanya sumbangan daripada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari, mungkin sebab tu lah nama dia macam tu kan. Siap ada pokok kurma yang tumbuh segar, memang sekali pandang orang boleh ingat kat Dubai ni. Alang-alang kalau dah datang berkunjung kat masjid ni, janganlah selfie je, singgah solat sekali kat dalam tu. Hehe

Mas1
sumber: flickr
Q8
sumber: beautiful mosque

 

5. Bertam Valley, Pahang

30th Mile Ringlet kat Bertam Valley ni terletak di Cameron Highlands je tapi bila tengok gambar memang nampak macam bangunan kat England. Orang kata hotel ni terbaik kat Lembah Bertam dan pemandangan kat sini memang cantik macam kat England. Cuma yang kurangnya takde salji je. Kalau setakat nak feeling-feeling macam kat England tu boleh la datang sini minum petang. Tapi sebenarnya kalau nak tahu, dekat Cameron memang banyak penginapan macam ni, dipanggil smokehouse. So, kalau Bertam Valley ni dah takde bilik kosong, korang boleh try menginap di smokehouse yang lain!

Q10
sumber: jom jalan
Q9
sumber: jom jalan

 

6. Eagle Ranch Resort, Negeri Sembilan

Kalau sebut pasal Amerika zaman dulu-dulu, memang tak lari dari cerita Red Indian. Sekarang ni korang boleh rasa sendiri macam mana kalau dapat tidur dalam teepees ataupun khemah ala-ala macam Red Indian punya tu di Eagle Ranch Resort, Port Dickson ni. Nak naik kuda pun boleh tau. Dah sampai sini nanti boleh la acah-acah macam korang hidup zaman Red Indian lawan dengan koboi tu.

Tepee 1
sumber: booking. Com
Q11
sumber: hepymoments

 

7. Masbro Village Paya Rumput, Melaka

Bila kawan korang pergi Australia mesti confirm punyalah dorang akan ambil gambar kat resort warna-warni tu kan? Sambil-sambil tu dia makan fish and chips tepi laut sambil tengok orang surfing kat pantai. Korang yang tengah tengok gambar dia upload kat Instagram tu rasa macam tak nak like pun ada sebab jealous, kan? Takyah jelaous, korang boleh pergi kat Melaka ni dekat je. Ada homestay warna-warni lagi cantik dari kat Australia tu tau!

Mas2
sumber: cintamaniszlite
Masbro
sumber: denai

Mak ai cantik-cantiknyaaaa tempat kat Malaysia ni ye, tak payah pergi oversea pun!

Baca: 8 Lokasi Untuk Weekend Getaway Bagi Yang Mahu Lari Dari Kesibukan Bandar KL!

Spokcpoajcp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.