in

“I tak nak masak, kemas rumah” – Wanita Sanggup Bayar Lelaki Untuk Kahwin Kontrak Dikecam Netizen

Featured Janda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"I tak nak masak, kemas rumah" - Wanita Sanggup Bayar Lelaki Untuk Kahwin Kontrak Dikecam Netizen
Loading
/

Bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri selepas mendirikan rumah tangga. Mungkin disebabkan faktor usia terlalu muda atau masih belum puas enjoy, segelintir wanita cuba mencari alasan untuk mengabaikan tanggungjawab mereka kepada suami.


Masalah seperti inilah membawa kepada isu yang tular baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Facebook, seorang wanita telah memuat naik tawaran mencari lelaki untuk kahwin kontrak.

Menerusi tawaran tersebut, wanita yang juga janda ini khabarnya sanggup membayar wang hantaran asalkan lelaki tersebut ingin mengahwininya.

24231758 1968062190187216 4067838327134876101 N
sumber: facebook

Laa macam ni pun ada ke??

Susulan entri tersebut, wanita berkenaan telah menerima kecaman teruk daripada netizen. Ada di antaranya mendakwa barangkali wanita tersebut sudah pun hamil dan sedang mencari ‘pak sanggup’ bagi bayi yang sedang dikandungnya. Malah ada pula yang mengecam perkara ini salah di sisi agama yang tidak menganjurkan kahwin muta’ah.

Janda K 1
sumber: facebook
Janda K 2 Vert
sumber: facebook

Tertekan dengan komen-komen yang diterima, janda berusia 22 tahun itu akhirnya membuat rakaman Facebook live demi menjelaskan sebab entri tersebut dimuat naik. Dia juga dalam masa yang sama telah memadam status tular tersebut daripada Facebook.

“Saya tertekan kerana keluarga minta saya kahwin cepat. Sebab itulah saya muat naik status sedemikian untuk cari calon idaman saya. 

“Saya mahu cari yang sedap mata memandang dan tidak gemuk. Benar dalam status di FB saya tidak mahu kemas rumah dan masak kerana tidak mahu dikongkong.

“Oleh kerana itu saya tawarkan duit kepada calon suami saya. Bagaimanapun tindakan saya itu dikecam dan saya tidak kisah,” jelasnya.

Menurut Harian Metro, janda yang menetap di Sungai Petani, Kedah ini juga mengaku ramai yang menghantar mesej peribadi kepadanya untuk menyatakan hajat menjadikannya isteri.

Suka hati saya nak buat apa, ini bukan jenayah. Saya yang nak kahwin, mesti la nak cari suami yang elok,” katanya lagi.

24293890 1927838954147723 6649565500766533096 N
sumber: facebook

Menerusi rakaman Facebook live yang kedua, janda tersebut juga meminta orang ramai untuk berhenti daripada sebarkan status yang dimuat naiknya dahulu.

Sementara itu, kaunselor keluarga Hushim Salleh menegaskan bahawa perkahwinan kontrak adalah perkahwinan yang jelas ditegah dalam Islam. Perkahwinan dengan perjanjian atau Nikah Muta’ah menurut Hushim adalah ajaran Syiah yang perlu dielakkan.

“Mungkin wanita itu mahu jaminan terhadap dirinya supaya tidak ditinggalkan kelak. Bagaimanapun, individu itu seperti memperdagangkan hubungan suami isteri,” katanya.

Trend perkahwinan seperti ini katanya lagi boleh mendatangkan keburukan di masa akan datang apabila wujudnya insiden ungkit mengungkit dan persoalan mengenai maruah seorang isteri yang telah diiklankan di media sosial.

Wanita janganlah jadi terlalu murah. Mahalkan maruah anda! Sebelum buat apa-apa keputusan, tolonglah fikir dalam-dalam dan jangan memalukan diri sendiri. Haish! 

Baca: Wanita Penipu Nikahi 8 Lelaki, Larikan Wang Hantaran Selepas Konon Mengaku Diri Hamil 

Tipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.