in

“Tak dapat peluk cium buat kali terakhir” – Jasad Tiga Beradik Terkulai Atas Jalan Raya di Lenggong

T1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini banyak kita dengar kisah kemalangan yang meragut nyawa. Terdahulu, tiga beradik telah kehilangan ibu dan bapa sejurus selepas mereka dihantar pulang ke kampung bersempena musim cuti sekolah. Kali ini, tiga orang beradik di Lenggong pula maut kerana kemalangan jalan raya dengan sebuah treler.


Menurut Astro Awani, satu kemalangan membabitkan sebuah treler dan empat kenderaan di simpang empat lampu isyarat berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong yang berlaku jam 11 pagi semalam telah meragut nyawa tiga beradik termasuk kembar berusia lapan tahun.

W6
sumber: facebook
W1 1
sumber: facebook

“Ketika menurunkan durian di gerai kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian, saya dikejutkan bunyi dentuman kuat dan sebaik berpaling, nampak treler sedang mengheret sebuah kereta sehingga ke dalam parit di sebelah kanan jalan,” kata Khairul Azuan Mohamed Noor, saksi kejadian.

“Ketika itu juga saya nampak ada kenderaan lain terpelanting. Ketika berkejar ke situ, ada seorang budak berada dalam keadaan tersembam di atas jalan dan sudah tak bergerak lagi.”

R1 1
sumber: facebook

Khairul yang terkejut dengan kejadian tersebut bergegas untuk melihat kereta yang diseret treler tersebut sebelum mendapati bahawa pemandunya terselamat dan mampu keluar sendiri dari keretanya sebelum dia membantu menarik tangan mangsa ke atas tebing parit di tepi jalan. 

Pun begitu, tiga beradik yang terlibat dalam kemalangan tersebut dilaporkan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian. Mengetahui berita tersebut, ibu saudara mereka Ramelah Yaakob begitu terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan anak-anak saudaranya buat kali terakhir.

W2
sumber: facebook
W3
sumber: facebook

“Terkilan sangat sebab tak dapat peluk,cium buat kali terakhir.”

– Ibu saudara mangsa

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai dua beradik kembar berlainan jantina iaitu Muhammad Hanif Ismail dan Nur Ain Hanifah yang berusia lapan tahun dan kakak mereka Nur Ain Hafizah yang berusia 22 tahun.

Difahamkan, bapa serta ibu mereka parah dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Taiping manakala seorang lagi adik beradik mereka Nur Ain Harizah yang berusia 13 tahun hanya tercedera kerana duduk di tempat duduk belakang.

Sentiasa berhati-hati di jalan raya, tambah-tambah lagi kalau musim cuti persekolahan atau musim perayaan.

Baca: “Mama balik dulu…” – Ibu Bapa Maut Kemalangan Lepas Hantar Tiga Beradik ke Kampung

Ga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.