“Tak apalah ibu, biar kakak mati…” – Ibu Sayu Dengar Ungkapan Daripada Anak Yang Sakit Kronik

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Mak dan ayah mana yang tidak sayu apabila melihat anak yang dikandung selama sembilan bulan terpaksa menderita dengan penyakit kronik sejak kecil lagi. Apatah lagi, apabila anak itu sudah mula meminta supaya dilepaskan.

Tak apalah ibu, biar kakak mati…”

Itulah yang terjadi kepada seorang ibu, Nor Farizan Mokhtar, 40, yang sedih dan pilu apabila mengenangkan nasib anaknya, Farah Natisya Hira Mohd Nizam, 13, yang menderita penyakit buah pinggang kronik.

Sumber: Harian Metro

Menurut Harian Metro, anak ketiga daripada lima adik beradik ini telah menderita penyakit tersebut sejak berusia dua bulan lagi. Farizan memberitahu bahawa anaknya dilahirkan dalam keadaan normal sehinggalah dia diserang sawan.



Melalui pemeriksaan lanjut, penyakitnya terjadi kerana terdapat cyst (Polycstic kidney disease) pada buah pinggangnya yang menjadikan tulang Farah bengkok sedikit demi sedikit akhirnya menyebabkan dia tidak lagi boleh berjalan dan hanya terlantar.

Akibat penyakit itu, tulang kakak membengkok sedikit demi sedikit sehinggalah tahun lalu, dia tidak lagi boleh berjalan dan hanya terlantar.”

Tambahnya lagi, jika sebelum ini Farah masih boleh pergi ke sekolah seperti kanak-kanak lain, namun kini, dia terpaksa meneruskan pembelajarannya di Sekolah Dalam Hospital di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

Selain itu, mereka terpaksa berulang alik ke HTJ tiga kali seminggu bagi mendapatkan rawatan dialisis. Tak cukup dengan itu, bagi menjalani rawatan ini, hampir keseluruhan badan Farah ditebuk bagi memasukkan tiub ke badannya.

Gambar hiasan

Menurut Farizan, dia dan suaminya, Mohd Nizam Razali, 42, telah membelanjakan hampir keseluruhan gaji mereka bagi membayar rawatan Farah yang mencecah RM2,000.

Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai empat lagi anak yang masih bersekolah serta perlu menampung keperluan harian.



Sumber: Harian Metro

Farizan yang bekerja sebagai pembantu pra sekolah dan Nizam yang bekerja sebagai pembantu perubatan terpaksa berhutang serta membuat pinjaman daripada institusi kewangan bagi melihat anak mereka sembuh semula.

“Kami sudah berusaha selama 13 tahun dan hanya bertawakal serta berdoa kepada Allah. Kalau ikutkan apa saja saya sanggup lakukan demi kakak, tetapi jika Allah lebih sayangkannya, kami sekeluarga reda.”

Walaupun dengan dugaan ini, pasangan suami isteri ini tidak lupa untuk memanjatkan kesyukuran kerana dalam kesusahan ini, keluarga dan rakan banyak membantu mereka dan berharap akan ada pihak yang tampil bagi membantu kos perubatan merawat penyakit Farah.

Kesiannya… Harap keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Baca: Demi Anak.. Sebak Baca Kisah Mengapa Pasangan Ini Buat Persembahan Makan Rumput



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.