in

“Tak ada maruah ke?!” – Netizen Kecam Instafemes Curi Pelamin Orang Untuk Rakam Parodi

Page Kawen2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Tak ada maruah ke?!" - Netizen Kecam Instafemes Curi Pelamin Orang Untuk Rakam Parodi
Loading
/

Instafemes selalunya akan melakukan pelbagai perkara berlainan yang boleh membuatkan mereka lebih menonjol daripada orang lain. Namun, ada masanya perbuatan mereka boleh mengundang kemarahan dan kecaman orang lain.


Terbaru, tular video instafemes yang telah merakamkan parodi lagu Pematah Hati oleh Nabila Razali bersama teman lelakinya beberapa hari yang lalu. Dalam video tersebut, bintang instafemes ini kelihatan lengkap berpakaian gaun untuk raja sehari. Rata-rata peminat telah mengucapkan tahniah kepadanya kerana menyangka dia telah menamatkan bujangnya bersama kekasih hati.

Igblur1
sumber: instagram

Namun begitu, di sebalik video tersebut, rupa-rupanya dua pasangan sejoli ini sebenarnya belum lagi berkahwin malah telah menggunakan pelamin pengantin lain pula tanpa kebenaran sebagai lokasi untuk mereka merakam parodi tersebut. Macam ni pun ada ke?

Pengantin dan pemilik pelamin tersebut telah menulis entri di Facebook menceritakan hal sebenar yang telah berlaku pada hari itu. Wanita itu ternyata tidak puas hati dan berang dengan tindakan instafemes tersebut yang dikatakan tidak menghormati hak orang lain.

“Lembu punya susu, sapi dapat nama. Stop la post gambar hang atas pelamin orang, kau tak kahwin buat cara tak kahwin. I can’t understand people like you, tak reti nak respect hak orang. You don’t even ask for my permission to use that pelamin. It’s my effort.

“Hasil titik peluh aku. Apa perasaan kau bila kau excited nak sanding atas pelamin hasil titik peluh kau, but lastly end up STRANGER yang rasmi before kau sendiri yang rasmi. Then, dengan bangganya kau post a lot of pictures and videos atas pelamin orang tanpa rasa malu.”

Wanita berkenaan telah meminta instafemes itu untuk berhenti memuat naik gambarnya di atas pelamin orang lain dan difahamkan instafemes itu telah meminta kebenaran untuk menggunakan kawasan khemah dan bukannya di atas pelamin.

Bukan itu sahaja, dia juga kesal kerana pelamin hasil daripada usahanya sendiri telah dirasmikan oleh lain sebelum dia dan suaminya sempat menggunakannya. Mangsa juga telah mengecam instafemes berkenaan yang telah memuat naik gambar di atas pelaminnya tanpa segan silu. Ish takkan tak rasa bersalah langsung! 

Netizen yang mengetahui hal sebenar melalui entri ini terkejut dan berang dengan tindakan instafemes itu yang telah mencuri pelamin orang lain. Rata-rata daripada mereka tidak puas hati dan mengatakan pasangan instafemes tersebut sebagai tidak mempunyai maruah.

“Tadi malam ada baca status orang… dia buat kerja gila. Ambil pelamin orang untuk buat video. Tak malu. Tak ada maruah ke perempuan? Ke tak mampu tu yang pakai pelamin orang. Sadis!” kata seorang netizen.

“Betullah orang kata. Nak femes kena jadi bodoh. Hmm kesian pengantin tu. Penat-penat bayar dia pi rasmi. Tolonglah. Malu tu ada sikit pun jadilah,” kata seorang lagi netizen.

Boleh pulak ye buat macam ni. Apa pendapat korang?

Baca: “Elok mampus jelah kakak” – Instafemes Dikecam Kerana Merungut Dapat RM100 Daripada Emak

Ig7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.