in

Tahniah! Ayda Jebat Tercalon Dalam MTV Europe Music Award 2017!

Ayda Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun rezekinya sebagai pelakon lebih menonjol terlebih dahulu, namun pelantun lagu Pencuri Hati, Ayda Jebat tetap tidak mengalah dan berusaha untuk meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian.


Ternyata usahanya tidak sia-sia apabila Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Binti Jebat dilaporkan tercalon dalam senarai awal pencalonan kategori SEA Social Wildcard (Malaysia) mewakili rantau Asia Tenggara ke Anugerah MTV Europe Music Award 2017 (MTV EMA 2017) yang bakal diadakan di London pada 12 November ini. Wow, tahniah Ayda!

Terharu dengan pencalonan tersebut, selebriti berusia 25 tahun tersebut menerusi Instagram telah memuat naik satu gambar berserta kapsyen yang menunjukkan perasaan terujanya itu.

Ayda 1
sumber: instagram

“Saya rasa sangat terharu dengan pencalonan awal ini. Saya terkenang perjalanan awal saya untuk menaikkan nama sebagai penyanyi.

“Selepas penyertaan saya dalam Akademi Fantasia, saya berusaha untuk menempatkan nama dalam bidang nyanyian. Biarpun rezeki sebagai pelakon tiba dahulu, saya tetap tidak mengalah dan meneruskan minat saya.”

Menurut NST, Ayda bersaing dengan Raisa dari Indonesia, Sezairi (Singapura), Palitchoke Ayanaputra (Thailand) dan The Ransom Collective (Filipina).

“MTV EMA merupakan anugerah antarabangsa yang sangat popular. Saya rasa terkejut kerana mendapat peluang sebegini. 

“Impian untuk mewakili negara ke peringkat yang lebih tinggi bakal tercapai dengan bantuan peminat dan rakyat Malaysia. Saya berharap agar semua pihak sama-sama mengundi di laman Twitter.”

Ayda 2
sumber: instagram

Undian boleh dilakukan di laman sosial Twitter bersama dua hashtag iaitu #NominateAydaJebat dan #MTVEMA. Undian boleh dilakukan sebelum esok, 3 Oktober jam 7 pagi.

Tahun lalu, Yuna dan kumpulan Bunkface tercalon sebagai Best Southeast Asian Artiste award di MTV EMA 2016 namun tewas dengan penyanyi dari Vietnam, Dong Nhi.

“Alhamdulillah, percubaan saya sebagai penyanyi membuahkan hasil dan pencalonan awal ini menjadi pembakar semangat untuk saya berusaha dengan lebih kuat,” kata Ayda lagi.

Kalau nak Ayda Jebat menang dan mengharumkan nama Malaysia, bantulah dengan mengundi di Twitter korang. Cepat, tinggal beberapa jam je lagi niiii!

Baca: “Merecik hawau…” – Kilafairy Tidak Peduli Komen Berbaur Lucah Dari Netizen

Kila Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.