Syarikat Percetakan Guna Taktik Kotor, Jual Ijazah PALSU UiTM dan SEGI Pada Harga RM1,000

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Bagi mendapatkan pekerjaan pada zaman sekarang, seseorang memerlukan sekurang-kurangnya ijazah untuk menempatkan diri mereka di sebuah syarikat awam mahupun swasta. Yelah nak dapat ijazah mestilah kena belajar bertahun-tahun kan? Namun tidak bagi segelintir pihak yang lebih rela menggunakan jalan ‘mudah’ untuk mendapatkan ijazah bagi memperoleh pekerjaan.

Menurut The Sun, sebuah syarikat percetakan di Puchong dilihat mengambil kesempatan akan jalan ‘mudah’ itu dan mula mengusahakan sindiket menjual ijazah palsu daripada universiti tempatan pada harga serendah RM1,000.

Sumber: The Sun

Universiti Teknologi Mara dan Kolej Universiti SEGI adalah antara universiti yang menjadi mangsa sindiket pemalsuan ijazah yang diusahakan oleh sebuah syarikat percetakan bertempat di Puchong, Selangor.



Harga bagi setiap skrol UiTM adalah seperti berikut:

  • Diploma – RM1,000
  • Ijazah Sarjana Muda – RM2,000

Harga bagi setiap skrol Kolej SEGI adalah seperti berikut:

  • Diploma- RM2,000
  • Ijazah Sarjana Muda – RM3,000

Selain daripada itu, pelanggan juga boleh memilih daripada 30 jenis program yang terdapat di universiti tersebut dan dikhabarkan proses peniruan hanya mengambil masa selama dua hari. Skrol tersebut kemudian akan dihantar sehari selepas itu melalui perkhidmatan pos.

Gambar hiasan

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPT), Datin Paduka Dr. Siti Hamisah Tapsir, pihaknya memandang serius akan sindiket penjualan ijazah palsu ini kerana ia melibatkan kes penipuan orang awam untuk mendapatkan sijil pengajian tinggi di negara ini.

KPT akan bekerjasama dengan pihak polis bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil berhubungan penganugerahan ijazah oleh pihak yang tidak diiktiraf.



Gambar hiasan

“Kami ingin menasihatkan orang awam serta mana-mana agensi agar menghubungi institusi pengajian berkenaan bagi mendapatkan pengesahan ketulenan sijil yang telah dikeluarkan kepada mana-mana individu.”

Dunia sekarang semua benda nak senang. Bayar je terus dapat sijil. Mana adil bagi yang belajar susah-susah ni kan? Mereka ingat ilmu tu murah ke?

Baca: Wanita Menyamar Sebagai Lelaki Tipu Pasangan, Dipenjara Selepas Kantoi Palsukan Dokumen Perkahwinan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Nabilla Raihan

Seorang yang ambivert dan kreatif dari segi penulisan dan lukisan. “On time” dan “goal driven” adalah moto yang sering diketengahkan gadis ini.