in

Susah Nak Menabung Guna Duit RM20? Cuba Guna Strategi Lelaki Ini, Mudah Je!

Page Duit 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sifat menabung perlulah dilatih dari kecil. Oleh itu, ibu bapa kebiasaannya akan melatih anak-anak mereka untuk menyimpan wang sehinggakan sanggup membeli tabung pelbagai corak dan bentuk bagi menarik minat anak-anak mereka.


Sekarang pula, sudah menjadi ibarat trend di media sosial untuk berkongsi cara menyimpan wang kepada orang ramai. Namun begitu, bukan semua cara yang dikongsikan sesuai untuk semua orang. Sesetengah individu memerlukan cara yang tersendiri dalam memastikan matlamat menabung mereka tercapai.

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang individu telah berkongsi di laman Facebook tentang cara digunakannya untuk menabung dengan lebih fleksibel dan efektif untuk dicuba.

Duit2
sumber: wob

Khangwei memberitahu bahawa pada tahun lalu dia telah bercadang untuk menyimpan wang tetapi selepas sembilan bulan, dia gagal untuk merealisasikan impiannya.

Oleh itu, Khangwei telah mencuba cara kawannya iaitu menyimpan RM20 pada setiap hari. Namun, dia mendapati jumlah wang tersebut terlalu tinggi dan membebankannya, maka, Khangwei telah memikirkan cara menabung yang lebih mudah.

Duit5
gambar hiasan

Cara yang digunakan Khangwei adalah seperti berikut:

  1. Menyimpan sekeping duit RM5 dan RM1 di dalam botol atau pun di dalam tabung pada setiap hari.
  2. Jika tiada sekeping duit RM5 di dalam beg dompet, jadi perlulah digantikan dengan duit RM1 sebanyak lima keping.
  3. Sekiranya tiada RM1 dan RM5 sekeping, maka perlulah meletakkan duit RM10 ke dalam tabung.
  4. Perlu masukkan sekeping RM50 setiap kali hari gaji.
Duit3
sumber: wob

Jelas Khangwei, dia telah mengeluarkan dan mengira jumlah wang yang telah disimpannya menggunakan cara ini selepas tiga bulan. Katanya, ternyata strategi ini menjadi kerana dia telah berjaya mengumpul wang yang berjumlah sama banyak dengan gaji sebulannya.

Duit4
sumber: wob

Sementara itu, menyimpan wang di dalam botol air ada baiknya kerana Khangwei dapat menghalang dirinya daripada mengeluarkan duit yang telah disimpan itu.

Duit6
sumber: moretify

Wah, boleh cuba cara ni!

Baca: Wanita Berjaya Simpan Duit Lebih RM11,000 Dalam masa setahun Guna Tabung Besi Je!

Duit1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.