in

Surat Terbuka Kepada Najib Razak Berkenaan Isu Kenaikan Harga Di Malaysia

Petrol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

*Imej diambil dari World of Buzz


Wahai Najib Razak,

Saya lakukan ini bagi pihak keluarga saya, rakan-rakan serta seluruh rakyat Malaysia; semua yang tiada cara lain untuk menyuarakan rayuan kerana akan sampai kepada  mereka yang berhati batu dan memekakkan telinga sahaja.

Hari ini, anda membuat keputusan untuk menaikkan harga petrol dan diesel serta minyak masak. Hari ini, anda membuat keputusan untuk meneruskan rancangan anda untuk menaikkan harga keperluan asas kehidupan seharian. Hari ini, anda membuat keputusan untuk menambahkan penderitaan kepada mereka yang tidak dapat berbuat apa apa dan tidak dapat mengadu kepada sesiapa.

Hari ini, kami bangun dengan khabar berita bahawa duit gaji kami yang sememangnya sangat terhad terpaksa dibelanjakan lebih lagi. Hari ini, kami bangun dengan khabar berita di mana kami mungkin perlu makan bubur kosong dan ikan bilis lebih kerap, kerana kami sudah tidak mampu untuk menikmati makanan yang lain. Hari ini, kami bangun dengan khabar berita bahawa kami akan jatuh sakit lebih kerap dan juga risiko kematian lebih awal kerana serangan jantung dan strok disebabkan terpaksa berkerja lebih masa dan kurang berehat untuk mendapat duit lebih demi kelangsungan hidup setiap hari.

Mudah bagi anda untuk mengatakan bahawa langkah ini adalah demi kebaikan masa depan rakyat. Mudah bagi anda untuk mengatakan bahawa langkah ini adalah untuk peningkatan taraf hidup di masa hadapan. Mudah bagi anda untuk mengatakan bahawa langkah ini adalah untuk kemajuan negara di masa hadapan.

Walaubagaimanapun, Tuan Perdana Menteri. Bagaimanapun.

Anda bercakap dari sudut pandangan orang yang tidak perlu lalui keadaan di mana seseorang itu perlu menahan lapar asalkan anak mereka cukup makan.

[sociallocker id=1666]

Anda bercakap dari sudut pandangan orang yang tidak perlu berfikir sama ada dia mempunyai wang yang cukup untuk pergi kerja pada hari esok dan seterusnya. Anda bercakap dari sudut pandangan orang yang tidak perlu risau untuk membayar bil-bil yang tertunggak dengan duit yang sangat terhad.

Jadi, jangan membebel jika kami banyak mengeluh dan merungut tentang perubahan kecil pada harga keperluan harian. Jangan membebel tentang bagaimana GST meningkatkan ekonomi kita. Jangan membebel tentang bagaimana anda cuba sedaya upaya untuk menaikkan nama Malaysia di pentas dunia.

Anda sangat bertuah kerana mampu memakai kot Armani dan belikan isteri anda beg tangan Gucci, dan tidak pernah perlu risau makanan apa yang anda mampu untuk nikmati ketika makan malam. Cubalah berada di tempat kami sekali sahaja, dan mungkin anda akan nampak kami berasal dari mana. Cubalah jadi manusia dan faham keperitan yang telah anda berikan kepada kami setiap hari.

[/sociallocker]

Dengan ingatan tulus ikhlas,

Seorang anak muda yang gundah gulana, tanpa kuasa dan menderita menanti semuanya berakhir.

– Ditulis oleh pengguna Facebook, Ashley Greig-Momin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.