in

“Sudah tentulah hukuman akan tiba” – Datuk Zahidi Anggap Banjir Berlaku Kerana Karma Pesta Bir

Zahidi10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu banjir di Pulau Pinang telah mendapat perhatian semua warga Malaysia. Ramai mangsa yang telah dipindahkan selepas tempat tinggal mereka musnah akibat banjir.


Baru-baru ini, Menteri Parlimen Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin telah bersuara dan menyatakan pendapatnya mengenai banjir yang melanda di Pulau Pinang.

Zahidi
sumber: the rakyat post

Menurut laporan Free Malaysia Today, beliau mengatakan bahawa pemerintah yang melakukan kerosakan pada bumi seperti menebang hutan di kawasan bukit, menjalankan pembangunan secara tidak betul dan melaga-lagakan sesama agama, pastinya akan mendapat hukuman.

Zahidi2
sumber: free malaysia today

Menurut WORLD OF BUZZ, beliau juga mengatakan bahawa bencana juga boleh terjadi sekiranya perbuatan menghina agama seperti menganjurkan pesta yang bertentangan dengan agama Islam diadakan.

Jangan lupa kadang-kadang apabila kita lakukan perkara tidak baik…sudah tentulah hukuman akan tiba dan rakyat menderita,” kata Datuk Zahidi.

Walaupun Datuk Zahidi tidak menamakan pesta yang diperkatakan, rata-rata dapat meneka yang beliau mengatakan tentang festival Octoberfest yang telah diadakan pada October lalu.

Zahidi3
sumber: wob

Octoberfest atau pesta bir telah mendapat banyak tentangan, namun tetap diadakan di Pulau Pinang. Menurut Utusan Malaysia, antara yang membantah pesta tersebut ialah Mohd. Luttfi Abdul Khalid, seorang peguam yang mengatakan sekiranya pesta sebegini tidak disekat dari awal, ia akan mula diadakan secara tahunan dan pastinya akan menular terutamanya kepada generasi muda Islam.

Tak kira apa pun punca, semoga mangsa berada dalam keadaan selamat dan terus tabah menghadapi musibah ini.

Baca: “Situasi ini tidak sepatutnya berlaku!”- Zamihan Tak Setuju Mangsa Banjir Berteduh Di Surau

Zahidi4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.