in

Suami Tusuk Pipi Isteri Dengan Batang Penyapu Kerana Berang Ditanya Pergi Ke Mana

Sakit Weh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keganasan rumah tangga berlaku di mana-mana. Kali ini yang terbaru apabila pipi seorang isteri ditusuk dengan batang penyapu selepas bertanya ke mana suaminya menghilangkan diri.


Suri rumah yang berusia 28 tahun itu didakwa dipukul di rumahnya dekat apartmen Center Point, Batu Caves pada Sabtu lalu, lapor Malay Mail.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.30 pagi, suspek yang baru pulang dari rumah ditanya isterinya ke mana dia menghilangkan diri semalam. Berang dengan pertanyaan tersebut, suspek lantas mengambil batang penyapu dan memukul isteri dan anaknya tanpa belas kasihan.

1
sumber: facebook

Tidak cukup dengan itu, mangsa juga diugut akan ditikam dengan pisau jika dia melarikan diri dan telefon serta kad pengenalannya juga telah dirampas suspek.

Pun begitu, mangsa dan anaknya berjaya melepaskan diri sebelum ditemui orang ramai dalam keadaan pipinya berlumuran darah dan tertusuk dengan kayu. Dia seterusnya dibawa ke Hospital Selayang dan menerima dua jahitan di pipi.

2
sumber: facebook
3
sumber: facebook

Susulan dari kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Jinjang pada jam 3.46 petang pada hari yang sama. Buat masa ini polis masih memburu suspek untuk membantu siasatan.

4
sumber: facebook

Lelaki macam ini elok tak payah berkahwin. Kasihan dengan wanita dan anak yang teraniaya! 

Baca: Isteri Dipukul Suami Akibat Bergaduh Kerana Ayam Tidak Dicuci Dengan Bersih

Baca Pukul Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.