in

“Suami menderita penderaan emosi dan psikologi jika isteri enggan berhubungan seks,” – Ahli Parlimen Setiu

Chec

Menurut laporan dari The Star, seorang ahli parlimen menyatakan bahawa jika isteri enggan menuruti kehendak suami untuk melakukan hubungan seks, ia dianggap sebagai penderaan emosi dan fizikal. Dah kenapa topik ni pulak yang dibincangkan dalam Dewan Rakyat tu?

“Lelaki secara amnya dikira lebih kuat dari segi fizikal daripada wanita, jadi mereka boleh menerima penderaan ’emosi dan psikologi’ daripada isteri yang menidakkan keinginan bersama dan kerap berleter,” kata Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu), semalam.

Che2
sumber: youtube

Topik itu dibangkitkan ketika dia membahaskan isu Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 Rang Undang-Undang. Selain itu dia turut berkata bahawa jika sekiranya seorang wanita Islam membantah keinginan suami untuk mengahwini wanita lain juga dikira sebagai satu bentuk ‘penderaan’.

“Sesetengah (lelaki) mahu berkahwin lebih dari satu tetapi mereka perlu mendapatkan keizinan daripada isteri yang tidak bersetuju dan akhirnya menerima leteran,” kata Ahli Parlimen Setiu itu menyebabkan seluruh Dewan Rakyat tertawa.

Dewan Rakyat
sumber: mike yip

Seorang lagi Ahli Parlimen, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) bertanya bagaimana lelaki mahu membuat laporan tentang keganasan rumah tangga, membuatkan mereka lebih tertawa.

Dia berkata, wanita lebih banyak menceritakan isu sebegitu berbanding lelaki yang mungkin berasa malu dan terhina. Betul juga tu!

Kelmarin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim memberitahu Dewan Rakyat bahawa lebih 4,000 lelaki menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Sudah tiba masanya isu ini dipandang serius kerana mungkin ianya berbunyi pelik, kelakar dan luar biasa, tetapi lelaki juga boleh menjadi mangsa keganasan dan penderaan.

Baca: Isteri Dipukul Suami Akibat Bergaduh Kerana Ayam Tidak Dicuci Dengan Bersih

Ayam