in

“Suami mengugut mahu membunuhnya..” – Wanita Maut Kerana Kerap Dipukul Suami

People

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini terlalu kerap berita yang kita terima mengenai kematian akibat dipukul. Kejadian pukul ini seolah-olah sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk melepaskan kemarahan. Baru-baru ini, tular lagi cerita mengenai isteri yang maut kerana terlalu kerap dipukul oleh suaminya.


Menurut Hmetro, kejadian tersebut berlaku pada Sabtu yang lepas di Teluk Pulai, Klang. Isteri yang berusia 47 tahun itu telah meninggal dunia pada hari Jumaat baru-baru ini di hospital kira-kira jam 9.40 pagi.

Pukul 1 E1509773076592
gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek yang berusia 43 tahun berjaya melarikan diri selepas isterinya itu meninggal dunia. Menurutnya lagi, kejadian ini dilaporkan oleh anak angkat mereka yang berusia 36 tahun.

“Pengadu memaklumkan emak angkatnya kerap dipukul suami sejak bulan Mei yang lalu”

“Mangsa terlalu takut untuk menceritakan hal ini kepada sesiapa kerana suaminya itu mengugut mahu membunuhnya,” kata anak angkat mereka.

Pukul E1509773211639
gambar hiasan

Beliau memberitahu, pada hari kejadian, suspek telah membawa ibu angkatnya itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dek kerana magsa yang cedera teruk sehinggakan tidak sedarkan diri.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kerana kecederaan yang teruk di kepala”

“Suspek sudah dikenalpasti dan usaha untuk mencarinya sedang giat dijalankan”

Menurut Shamsul Amar, siasatan awal mendapati bahawa suspek menganggap isterinya itu mahu meminta cerai.

Pukul ni tak boleh selesaikan masalah pun.. Harapnya lepas ini anda gunalah cara yang lebih baik untuk selesaikan masalah ya 🙂

Baca: Tidak Tahan Kena Bebel, Warga Emas Pukul Isteri Dipenjara Enam Bulan

Pukulisteri3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.