in

Suami Ditetak Isteri Dengan Pisau Pemotong Sayur Kerana Minta Kahwin Lagi

Pakcik Nak Poligami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tanyalah mana-mana wanita di atas muka bumi ini, siapa yang sanggup berkongsi suami atau dalam erti kata lain berpoligami? Sebab itulah ada lelaki yang kahwin senyap-senyap di Siam kerana takut ditimpa kemalangan seperti berita di bawah ini.


Seorang lelaki berusia 55 tahun telah ditetak isterinya yang berang menggunakan pisau pemotong sayur selepas menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi, lapor Harian Metro.

20707942 324995304621559 8405062817568687728 N
sumber: facebook

Dalam kejadian yang berlaku di rumah mangsa dekat Kampung Manek Urai Lama pada Khamis lepas, mangsa yang sedang baring telah ditetak isterinya dengan pisau yang diambil dari dapur.

5261407655 E3738C11E8 O
gambar hiasan

Terkejut dengan tindakan spontan isterinya itu, mangsa terus melarikan diri dari rumah sebelum dia kemudian dihantar ke Klinik Manek Urai untuk menerima rawatan.

Mangsa dilaporkan menerima 15 jahitan di kepala dan dahi akibat tetakan itu. Manakala lengan kanannya mengalami sedikit kecederaan. Nasib baiklah tak serius!

20664472 325042837950139 8960694587316498097 N
sumber: facebook

Menurut pihak polis, isteri mangsa yang berusia 56 tahun itu naik angin selepas suaminya menyuarakan hasrat untuk berkahwin buat kali yang kedua. Namun kini pasangan suami isteri berkenaan difahamkan sudahpun berbaik-baik dan tiada laporan polis dibuat berkaitan kes tersebut. Baguslah, buang yang keruh ambil yang jernih…

Syukurlah dah berbaik-baik semula. Jangan marah-marah lagi ye… semoga perkahwinan terus berkekalan. 

Baca: Suami Tetak Isteri di Beaufort Kerana Cemburu Sangka Ada Hubungan Sulit di Facebook

Tetak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.