in

Stesen MRT Diancam Vandalisme Selepas Baru Seminggu Beroperasi

Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas baru seminggu Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh – Kajang dilancarkan pada 17 Julai lepas, sudah terlihat tanda-tanda stesennya diancam ‘tangan nakal’ yang melakukan vandalisme.


Menerusi laporan Astro AWANI pada Ahad lepas, Stesen MRT Merdeka dan Stesen MRT Bukit Bintang adalah antara stesen yang menjadi mangsa vandalisme pengguna ibu kota.

Puntung rokok dilihat dibuang merata-rata tempat dan tempat duduk awam di kawasan platform juga dicalarkan serta ditoreh sehingga ia terpaksa dikeluarkan sementara bagi kerja-kerja membaikpulih. Ini mesti jenis tangan tak boleh duduk diam! 

Vandalisme
sumber: twitter
51500804656 Freesize
sumber: astro awani

Tidak cukup dengan itu, pengguna MRT juga membuang sampah seperti kayu, plastik makanan dan botol air di kawasan sekitar stesen sesuka hati mereka. Meskipun perbuatan pengguna yang tidak bertanggungjawab ini diperhatikan penyelenggara Stesen MRT Bukit Bintang, dia tidak mampu berbuat apa-apa.

“Saya tak boleh tegur mereka, kerana mereka orang Malaysia, saya orang luar. Apa yang saya boleh buat hanyalah mengambil gambar dan laporkan kepada pihak pengurusan,” kata pekerja warganegara asing, Md Rasal. 

41500804706 Freesize
sumber: astro awani
51500804669 Freesize
sumber: astro awani
71500804681 Freesize
sumber: astro awani
Dfa6Aulwsaansop
sumber: astro awani

Eii tak rasa malu ke korang??

Sejak Stesen MRT Merdeka dibuka, majoriti ibu bapa telah membawa anak-anak mereka untuk merasai sendiri pengalaman menaiki MRT dan melihat keunikan stesen tersebut. Namun situasinya lain pula yang terjadi.

Stesen MRT Merdeka yang dihiasi dengan dinding unik bertulisan mesej Rukun Negara diancam oleh kanak-kanak yang cuba melakukan aksi memanjat dinding atau ‘wall climbing’.

Capture 20170724 112951
sumber: astro awani

“Panel dinding ini amat mahal, kita harap ibu bapa boleh kawal anak mereka untuk tidak memijak atau cuba memanjat dinding itu. Selain ia merosakkan mesej Rukun Negara, ditakuti jika ia jatuh, mampu membawa kepada kecederaan,” kata Pengurus Stesen MRT Merdeka, Chia Seng Kah. 

Vandalisme Rukun Negara
sumber: twitter

Dah macam extreme park pula stesen MRT ni ye!

Kerosakan dan ancaman vandalisme di stesen-stesen MRT ini telah mendapat perhatian netizen yang juga sedih dengan ‘minda kelas ketiga’ yang dimiliki pengguna kemudahan awam ini.

Vandalisme 3
sumber: twitter
Komen Vandalism
sumber: twitter
Komen Vandalism 2
sumber: twitter

Malah menerusi laman Instagram, Pengarah Strategik Komunikasi dan Pihak Berkepentingan MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah telah meluahkan rasa kesedihannya melihat kerosakan yang ditemui semasa melawat ke beberapa stesen MRT baru-baru ini.

Vandalisme 1
sumber: twitter
Vandalisme 2
sumber: twitter

Beliau juga memberitahu bahawa individu atau kumpulan yang ditangkap melakukan kerosakan pada kemudahan awam terutamanya di stesen MRT, boleh dikenakan hukuman dan didakwa di bawah Akta Kerajaan Tempatan (9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991) yang membawa denda RM2,000 atau penjara tak lebih daripada setahun jika sabit kesalahan.

Oleh itu, sayangilah harta benda awam. Jangan rosakkannya dan hargailah kemudahan yang diberikan kerajaan. Kalau mahukan fasiliti kelas pertama, minda juga harus setara dengan fasiliti yang disediakan. Tak gitu??

Baca: Kisah Inspirasi Gadis Berumur 21 Tahun Jadi Kapten Termuda LRT Dapat Kutukan Netizen

Lrt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.