in

“Sorry bos only want local Chinese” – Wanita Bengang Tuan Rumah Rasis, Sewakan Untuk Kaum Sendiri

Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu perkauman di Malaysia ini bagaikan penyakit yang berbahaya. Pantang disentuh pasti ada yang terasa sehingga ke tulang hitam. Oleh itu, sebagai rakyat yang hidup di dalam komuniti yang berbilang kaum, kita hendaklah sentiasa saling hormat menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain.


Menerusi perkongsian seorang wanita bernama Mavinia di Twitter, dia telah meluahkan rasa kesalnya apabila pemilik rumah yang ingin disewa tidak mahu menyewakannya bilik hanya kerana mereka bukan dari bangsa yang sama.

Sewa
sumber: twitter

Tolong jangan buat perkara ini di MALAYSIA. Kalau mahu orang penyewa Cina sahaja, sila hilangkan diri anda ke negara China. Terima kasih.” 

Menerusi tweet tersebut, Mavinia yang ternyata sangat marah pada mulanya telah menghubungi pihak tuan rumah dengan tujuan untuk menyewa bilik. Dia kemudian diberitahu bahawa rumah tersebut hanya tinggal satu bilik kecil sahaja dan boleh disewa dengan harga RM550.

Pun begitu, apabila Mavinia memberitahu dirinya merupakan gadis berbangsa India, pihak tuan rumah menyatakan bahawa bosnya hanya mahu penyewa yang berbangsa Cina sahaja. 

Dvww F7U8Aagibn
sumber: twitter
Dvww Fkvoaa8Wfu
sumber: twitter

Bengang dengan penjelasan yang diberikan pihak tuan rumah tersebut, Mavinia akhirnya meminta lelaki itu untuk memberikan nombor bosnya supaya dia dapat bercakap sendiri dengan tuan rumah tersebut.

Malah Mavinia juga mengagak tuan rumah tersebut mempunyai prasangka buruk terhadap mereka yang berbangsa India.

“Kenapa? Apa sebabnya? 

“Takut orang India tak boleh bayar ke apa?” soal Mavinia.

sumber: twitter
Dvww Ggvqaerccy
sumber: twitter

Merasakan perbualan mereka bertambah ‘panas’, pihak tuan rumah tersebut menjelaskan bahawa dia bukanlah pemilik sebenar rumah berkenaan dan hanya membantu menjadi agen untuk mencari penyewa sahaja. Malah dia juga tidaklah rasis seperti yang disangkakan dan mempunyai rakan-rakan India yang lain.

Pun begitu, Mavinia tetap berasa tidak selesa dengan situasi berkenaan meskipun akhirnya dia memaafkan agen tersebut yang tiada kena mengena dengan kehendak pemilik rumah yang sebenar.

sumber: twitter
sumber: twitter

Tweet Mavinia yang dikongsikan 4,300 kali ini telah mendapat pelbagai komen daripada netizen. Rata-rata menyokong tindakan Mavinia dan mengutuk pendirian tuan rumah tersebut disifatkan sebagai rasis.

Pilih1

Pilih2
sumber: twitter

Namun ada juga dalam kalangan pengguna Twitter yang merasakan perkara tersebut biasa berlaku dan tuan rumah mempunyai hak untuk memilih siapa atau kaum mana yang sesuai untuk dijadikan penyewa rumah.

Rasis

Rasis 2

Rasis 3
sumber: twitter

Ada juga di antara netizen yang membangkitkan isu tentang tuan yang mahukan penyewa ‘Muslim’ atau ‘Melayu’ sahaja. Hal ini tidak terjadi kepada satu-satu kaum namun kaum lain juga melakukannya.

Normal 2
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, isu ini telah mendapat perhatian NGO seperti Pusat KOMAS yang memperjuangkan isu diskriminasi dan perkauman di Malaysia. Mereka juga menasihati Mavinia untuk membuat laporan berkaitan hal berkenaan di laman web mereka atau terus kepada SUHAKAM untuk siasatan lanjut.

Komas
sumber: twitter

Sehingga setakat ini tidak diketahui apakah tindakan Mavina yang seterusnya dan kami berharap supaya hal ini diselesaikan dengan cara yang baik. Susah juga nak cari rumah sewa zaman sekarang ni! 

Baca: Lelaki Rugi Puluhan Ribu Gara-gara Dapat Penyewa Penagih Dadah, Rosakkan Rumah di Ampang

Rosak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.