in

“Situasi ini tidak sepatutnya berlaku!”- Zamihan Tak Setuju Mangsa Banjir Berteduh Di Surau

Surau8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian hujan dan banjir yang teruk di Pulau Pinang telah mendapat perhatian seluruh warga Malaysia. Pada saat-saat inilah dapat dilihat rakyat Malaysia bersatu padu dan tolong menolong antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.


Baru-baru ini, tular gambar mangsa banjir berbangsa Cina yang bukan Islam berehat di dalam surau selepas bilal surau Taman Free School di Georgetown membenarkan mereka tumpang berlindung di rumah ibadat tersebut.

Surau1
sumber: free malaysia today

Menurut laporan Malaysiakini, Sapno Tukijo, 50, menerangkan dia membenarkan mangsa banjir duduk di surau itu kerana mereka tiada tempat lain untuk pergi. Difahamkan mereka pada awalnya ingin berlindung di kuil berhampiran tetapi terhalang kerana arus deras.

Surau10
sumber: berita harian

Walaupun rata-rata netizen memuji tindakan bilal itu, namun terdapat juga individu yang kurang bersetuju iaitu penceramah, Zamihan Mat Zain. Dia mengatakan mangsa banjir yang bukan Islam tidak sepatutnya berteduh di dalam surau.

Ia tidak boleh dikategorikan sebagai darurat kerana masih ada ikhtiar lain untuk keperluan mereka,” kata Zamihan.

Menurut Free Malaysia Today, Zamihan turut mengingatkan pihak pengurusan surau supaya adab dan syarat bagi menjaga kesucian masjid perlu diberitahu kepada mangsa banjir bukan Islam yang menumpang di surau itu.

Surau3
sumber: facebook

Sapno berkata pada mulanya mangsa-mangsa banjir itu segan untuk menumpang berlindung di situ kerana menghormati surau, tetapi akur setelah dia menjelaskan situasi yang dihadapi.

Saya tahu ada yang akan mengecam tindakan ini namun saya rasa lebih bersalah sekiranya melihat mereka yang tidak tahu ke mana arah hendak dituju,” kata Sapno.

Surau7
sumber: berita harian

Sementara itu, menurut laporan Malaysia Kini, Wan Ji Wan Hussin, Ketua Biro Agama Pemuda PKR (AMK) pula berkata berdasarkan hadis, amalan ini tidak salah kerana Nabi sendiri pernah menjemput orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.

Dalam keadaan getir, tidak hairanlah apa jua cara sekali pun akan diambil kira tambah-tambah lagi apabila berkenaan dengan isu nyawa. Diharapkan mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang akan terus tabah dalam menghadapi dugaan ini. Semoga urusan mereka dipermudahkan.

Baca: “Hanya Tuhan mampu balas jasa encik”- Mangsa Banjir Terhutang Budi Bilal Sudi Beri Bantuan

Surau11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.